Monday, March 21, 2011

Wedding #5: Hazrin & Yusmalina

Bismillah...


Ada orang tanya saya tips untuk mengambil gambar wedding. Mulanya saya terkelu jugak nak jawab sebab saya ni masih newbie....kekekeke....Apa pun, saya cubalah jawab berdasarkan pemerhatian terhadap photographer2 yang lebih berpengalaman bekerja, pengalaman sendiri semasa menjalankan tugas dan melalui blog rakan saya, Acaii JaweSo, saya sharela tips yang berguna dengan beliau. Tapi oleh sebab saya malas nak fikir dan telah jumpa tips yang best dari Acaii Jawe melalui sifunya Sifo Adiman aka Karimpeng hensem, maka saya copy paste apa yang dia tulis kat blog dia,keke. Semua kredit adalah untuk beliau :)

Berikut adalah tips untuk newbie (yang dah terer tak payah baca,haha)...saya dah edit sikit untuk kesesuaian pembaca Utara...hehehe :
  1. Pengantin berisi – Sila ambil lebih banyak gambar sisi dari gambar depan-depan yang secara terang-terangan menunjukkan tahap kelebaran pengantin tersebut. Jaga-jaga bahagian peha, lengan, double chin (jangan suruh dia tunduk sangat) atau boleh juga ambil dari sudut sukar, contohnya dari atas.
  2. Pengantin tinggi melangit – Jangan ambil banyak low angle nanti pengantin nampak macam tiang TNB (dulu LLN)
  3. Pengantin rendang (Jangan sebut pendek. Itu kurang hajor. Haha) – Elak ambil gambar pengantin bersama orang lain. Lebih sesuai jika beliau hanya berlatar belakang pokok kedondong yang sudah kene tut. Baru nampak tinggi.
  4. Pengantin gigi berterabur tapi suka sangat senyum – Hangpa suruh la dia buat gelak comel sambil tangan tutup mulut ke, buat muka tahan kentut ke. Takde la sentiasa sengih nampak gigi.
  5. Pengantin mulut busuk – sapa soh hang hidu. Keje hang amik gambar je. Tak malu. hahaha...
  6. Pengantin muka takleh blah mcm gangster suka tetak orang tanpa beri salam dulu – Yang ni hang kene belaja banyak buat lawak dan jangan lak buat muke tensen. Tahu la penat, cuba buat-buat muka comel mcm beruk mat yeh supaya pengantin leh gelak. Gangster pon ade sense of humor dowh. Paling susah hang geletek teruih. Lepas tu kene tetak dengan pisau kek. Haha.
  7. Jerawat pengantin takleh blah – Takde masalah. Belaja photoshop.
  8. Pengantin tak nak senyum (Gelak pon still tak senyum) – Ini bukan manusia. Alien ni.
  9. Pengantin lelaki marah hang sebab usha bini baru dia – Sapa suruh hang usha. Jangan la usha, bodow. Haha.
  10. Pengantin gelap macam time gerhana matahari dan baju pulak berwarna bling-bling tak masuk akal. – PASRAH SAJALAH. HAHAHAHA.
Kesimpulannya, kerja ambil gambar ni bukan kerja mudah, tanggungjawab besar. Moment yang terlepas takkan dapat diulang lagi. Kemahiran mengendalikan kamera juga sangat penting. Kamera mahal belum tentu dapat capture moment yang best. Boleh jadi ia hanya kamera ofis yang dipinjamnya,hahaha. Bak kata Adiman, takkan nak suruh kahwin lagi sekali, orang lelaki sukalah,kekeke.


Sebelun tu, enjoy sikit gambar perkahwinan Hazrin (bekas rakan sekerja di sebuah kilang automotif di Sg Petani) dengan pasangannya Yusmalina. Hazrin ni sekarang dah jadi pensyarah di Negeri Sembilan..manakala isterinya guru di MRSM Gerik. Memang PJJ la...Perkahwinan Jarak Jauh...takpe, "kabel takde, wifi kan ada"...hehehe...semoga perkahwinan diorang berkekalan sampai bila2....



Gambar jam tangan dan cincin ni diambil menggunakan lens 50mm yang diterbalikkan tapi tak guna reverse ring...okla...worth it!!..










1 comment:

  1. hahaha..
    kelako la tips tu..
    nway, good blog..bleh buat referens..

    ReplyDelete