Sunday, January 30, 2011

Kelahiran Haidar Mukhlis

Assalamualaikum...

Rasanya dah berminggu2 saya tak update blog ni...bukan apa, agak sibuk sikit sebab menunggu kelahiran anak sulung saya ni...akhirnya tepat jam 12.40pg 28 Januari 2011, Haidar Mukhlis telah lahir ke dunia ini dengan selamatnya dengan berat 3.31kg.

Pada mulanya, saya agak gusar juga untuk menemani isteri di Labour Room...yela, takut nanti saya yang pengsan sebab "mabuk darah"..tp saya kuatkan semangat kerana ingin memberi sokongan moral pada isteri di samping menghayati azab isteri atau seorang ibu ketika melahirkan anak. Tatkala Haidar keluar dari kandungan isteri, anak sulung saya tu terus menangis..dengar je anak menangis, saya pun menangis sama...:)

Kepada rakan2 yang akan atau telah bergelar suami, temanilah isteri ketika melahirkan anak kerana kita sebagai lelaki dan suami akan tambah menghargai isteri kita ketika melihat keperitan melahirkan anak. Mudah-mudahan, rumahtangga yang dibina akan lebih indah dan bahagia hingga ke akhir hayat.

Kat bawah ni gambar Haidar yang diambil di hospital. Setting manual dengan ISO:3200. Saya terpaksa boost ISO sebab taknak guna flash dalam hospital...mau kena halau dengan nurse nanti..;P...inipun tak dapat amik gambar byk sebab nurse kata alat2 yg ada dlm wad tu akan rosak bila kamera digunakan...tak tahulah sama ada betul atau tak...apapun, kita kena hormati peraturan walau di mana kita berada...wassalam...


Monday, January 10, 2011

Album#2: Zeera & Pian

Salam...

Saya ada terbaca daripada beberapa blog yang bercerita tentang "pro" dan "cons" memiliki sesebuah kamera DSLR. Tak kiralah jenama Canon ke, Nikon ke, SONY ke dan sebagainya. Saya agak tertarik dengan pendapat-pendapat mereka. Antara sebahagian yang saya ingin kongsikan tentang "cons" memiliki sesebuah DSLR:-

1. Jarang ada gambar sebab orang akan suruh kita yang amik gambar. Lebih2 lagi kalau di kalangan keluarga dan bila dah "dicop" sebagai  "family photographer".

2.  Maintenance tinggi. Bila dah ada DSLR, tak boleh nak ambil mudah cara penjagaan macam jaga kamera compact biasa. Sebagai contoh, habuk tak boleh masuk dalam lens maknanya kenala selalu cuci. Kepada yang bersifat malas dan bertangguh2, baik fikir masak2 sebelum beli DSLR.

3. Bila dengan kawan2, diorang mungkin akan mintak dari kita untuk test shoot. Memanglah kalau boleh jangan berkira sangat dengan kawan2 tapi bila asyik berpindah tangan, risiko kamera tu nak jatuh pun tinggi. Bila dah jatuh, tak tahulah nak buat mimik muka camner. Jadi, kenalah beringat kat kawan2.

4. Paling tak best bila terpandang kamera orang lain dengan lens2 yang mampu membuatkan kita rambang mata. Mula la berkira2, congak untuk dapatkan lens macam tu. Maklumlah, bila dah ada DSLR, lens boleh tukar2...panjang ke, pendek ke, besar ke kecik ke....risiko peningkatan belanjawan pun akan lebih tinggi andai perasaan sebegitu tidak dikawal....

Itu adalah sebahagian "cons" memiliki sesebuah DSLR. Kita tentu mempunyai pendapat masing2...yang penting tepuk dada tanyalah selera. Yang kat bawah ni adalah sampel album perkahwinan Zeera & Pian.

Friday, January 7, 2011

Wedding #3: Zeera & Pian

Salam...

Seperti yang dijanjikan, sekarang saya akan memuat turunkan lebih banyak gambar perkahwinan pasangan pengantin Zeera dan Pian. Pada hari bersejarah mereka jugalah saya pertama kali menggunakan lens "fifty nifty" saya tu. Terima kasih diucapkan kepada Zeera, Pian dan sekeluarga kerana sangat-sangat sporting sepanjang "snap" pada hari tersebut. Akhir kata, Selamat Pengantin Baru dan semoga rumahtangga yang dibina ini akan kekal hingga ke akhir waktu.












Wednesday, January 5, 2011

Teaser Wedding: Zeera & Pian

Salam...

Kali ini saya nak update sikit atau tease wedding yang saya shoot 1 Januari 2011 lepas dekat area Sg Petani juga. Sekarang ni dah pukul 2.54pg so nak karang panjang2 pun dah tak larat. Apa2 pun, layan dulu gambar2 yang saya sempat edit ni. Nantikan lebih banyak gambar pasangan ini sikit masa lagi.



Saturday, January 1, 2011

Wedding #3: Khairul Anuar & Nur Hidayah

Salam...

Kali ni saya nak update pulak untuk pasangan pengantin seterusnya. Sebenarnya pengantin perempuan ini, Nur Hidayah adalah adik kepada Siti, iaitu pengantin dalam artikel sebelum ini. Oleh itu saya juga bertanggungjawab untuk "cover" gambar mereka juga. Dalam satu hari untuk dua pasangan ini, saya telah snap hampir 1000 keping gambar. Penat?..hehehehe...hanya photographer saja yang tahu penat ke idak...Apapun, layan dulu gambar diorang ni....









Sekarang ni dah pukul 1.06pg, 1 Januari 2011. Dah masuk tahun baru dah...ini bermakna, kalau kira tahun, saya dah masuk alam 30-an. Hmmm...apapun, umur hanyalah angka...yang menghalakan arah tuju kita adalah azam dan usaha kita. Salah satu azam saya tahun ini adalah, menghasilkan gambar2 yang cantik...insyaAllah...Selamat Tahun Baru 2011....