Tuesday, March 8, 2011

Photographer Lama vs Photographer Baru

Salam...

Waktu saya mula amik gambar orang kahwin ni, saya ada satu matlamat sebenarnya. Saya berazam nak pastikan orang2 lama/ibu bapa supaya pandai menilai gambar dari pelbagai sudut yang subjektif sesuai dengan peredaran zaman sekarang yang mana banyak transformasi berlaku sama ada bentuk kereta, rumah, malah corak pinggan mangkuk.. Memahami momentsangles, composition (tak expectla untuk faham "Rules Of Third" seni dan lain-lain. Tak dapat nak dinafikan, hanya golongan muda yang berminat dengan style gambar seperti ini.

Tapi tak jugaklah, orang muda yang tak terdedah dengan perkembangan fotografi berfikiran camtu gak,hehe. Memang bukan tugas mudah. Saya pernah jumpa sorang makcik yang komen gambar kahwin anaknya yang gelap dan tak cantik katanya. Padahal pada mata saya gambar tersebut sangat cantik dan menarik sebab OP mengambil gambar guna available light siap ada ray light original lagi. Dah macam gambar majalah pun ada,serius cakap..






Makcik tu juga komen gambar candid dan gambar orang ketawa yang katanya ‘entah apa-apa’ dan merugikan je. Bagi orang-orang bandar yang terdedah tentang semua ni memang takde masalah. Tetapi biasanya kat kampung memang kurang pendedahan seperti itu. Tapi takpelah, tak bolehla nak salahkan makcik tu juga sebab pada masa makcik tu berkahwin, trend photography pada masa tu cukup berbeza dgn sekarang. Dulu pakai "roll" atau gulung, sekarang semua masuk dalam memory card.






Bagi saya, gambar tipikal pose tu memang perlu. Tetapi gambar ketawa, gurau senda dan moment yang tak dapat diulang biasanya memberi impak yang lebih besar kalau dilihat 10-15 tahun akan datang. Kita boleh terbayang suasana majlis yang meriah, kehadiran kawan2 dan sebagainya yang biasanya jarang diperolehi kalau semuanya gambar-gambar ‘kaku’ atau skema je.

Kalaulah suami isteri sedang bergaduh, pastu tengok gambar mula2 kahwin dulu maybe boleh cepat baik-baik kembali,ceewaahhh. Tapi kalau tengok gambar kahwin muka ketat macam kena paksa posing je atas pelamin maybe lambat sikitlah baiknya, hahahaha. Memandai je.... :) Apapun, pilihlah photographer yang dapat memberikan anda gambar yang akan anda ingati sampai bila2....


Wassalam.




No comments:

Post a Comment