Friday, May 31, 2013

Tips Part 1: Cara Mempromosikan Perkhidmatan Fotografi

Assalamualaikum...

Kali ni saya nak menulis tentang cara-cara mempromosikan perkhidmatan fotografi. Tak kiralah sama ada elemen foto ke arah wedding ke, family portraiture ke, konvokesyen ke, majlis cukur jambul ke...ia tetap "applicable" untuk semua jenis fotografi. Teringat pulak masa study kata UTM dulu, masa subjek "Marketing"...lecturer sebut tentang 4P dalam perniagaan...salah satu dari P tersebut ialah "promotion".

Apa yang saya tulis ni adalah sebahagian dari pembacaan dan sebahagian lagi dari pengalaman saya sendiri melalui pemerhatian. Berikut adalah contoh-contoh promosi yang boleh dilakukan:

1. Kad Nama 
Ok...tak kiralah ia dipanggil name card atau business card, tapi yang inilah promosi paling asas yang perlu ada pada freelance ataupun full time photographer. Yelah, camne orang nak kenal atau rekomenkan pada orang lain kalau takde namecard. Sekarang ni namecar dah tak mahal...boleh buat banyak2. Lagi satu, pastikan namecard design tu lain dari yang lain. Barulah customer atau potential customer akan ingat...:)
Sumber: Google

2. Ada blog atau website sendiri
Sebahagian besar antara kita memiliki akaun facebook tapi tak semua ada blog atau website sendiri. Tak kiralah website free atau berbayar. Sebenarnya banyak perkara yang boleh dilakukan atau diletakkan apabila mempunyai web atau blog sendiri. Sebagai contoh, kita boleh cerita pengalaman shoot pengantin yang mana akan dibaca oleh viewers yang mungkin "potential customer". Jalan cerita yang menarik mungkin dapat menarik minat mereka. Hal ini tidak dapat dilakukan di dalam FB.

3. Sample Album
Masih ramai potential customer di luar sana tak tahu apa itu custom album. Ada jugak yang bertanya tentang sticky album. Jadi, dengan adanya sample album (sticky & custom album), ia dapat memudahkan penerangan seseorang photographer kepada bakal kliennya.


4. Banner atau bunting
Hmm...yang ni mmg sah2 adalah konvensional way of promotion tapi memang efektif. Setup bunting dan letak kat suatu penjuru yang dapat dilihat oleh hadirin yang datang ke kenduri. Berbeza dengan namecard, dengan adanya bunting sebegini, potential customer yang datang pada majlis itu akan terus save number contact photographer tersebut.

5. Facebook Fan Page
Sekarang ni dah menjadi trend untuk full time malah freelance photographer mewujudkan facebook fanpage mereka sendiri. Di dalam fanpage tersebut akan diletak gambar2 yang cantik sebagai salah satu cara menarik potential customer. Disertakan juga pakej2 istimewa di dalamnya. Ini juga adalah salah satu cara yang berkesan dan cepat untuk mempromosikan perkhidmatan anda.

6. Letak nama dan perkhidmatan dalam "database" percuma.
Anda semua tentu tahu "mudah.com" bukan? Ketika mula2 saya menjebakkan diri dalam wedding photography ni 3 tahun yang lalu, saya letak nama dan perkhidmatan dalam "mudah.com". Alhamdulillah lepas rasanya ada 3 atau 4 pasangan pengantin yang telah menjadi customer saya "jumpa" saya melalui mudah.com. Itupun hampir setahun lebih nama kat dalam tu....hehehehe....rezeki.

7. Nama, contact no dan alamat web atau blog pada baju.
"Established" photographer rata2 menggunakan teknik promosi ini kerana ia mudah dan "portable". Ia umpama "papan iklan bergerak". Nama, no. telefon, email, alamat web atau blog tertera pada baju. Biasanya pada bahagian belakang baju. Potential customer akan dapat melihat photographer dan detail serentak...:)

Okla, saya tangguh dulu cara2 promosi perkhidmatan fotografi ni...ada lagi sebahagian yang akan saya share dalam part 2 nanti. Hopefully, kita semua dapat gunakan teknik2 promosi di atas. Tak semua, sebahagian pun jadilah....:)

Wassalam.

Wedding #17: Resepsi Azilah & Shah

Salam semua...

Sudah agak lama juga saya tak update blog ni...yela, memandangkan bulan Mei dan Jun merupakan bulan perkahwinan, maka adalah beberapa wedding job telah diamanhkan kepada saya...alhamdulillah. Apapun, itu bukan alasan untuk saya tidak update blog ni...alasan paling tepat ialah..."malas"...insyaAllah, saya akan cuba atasi sifat yang tak baik tu pada masa akan datang...

Kali ni ialah majlis resepsi Azilah dan Shah yang diadakan di Dewan Serbaguna MPSP Tikam Batu pada 18 Mei 2013 yang lalu. Nyaman je selama berada dalam dewan ni sebab rasanya tak kurang daripada 8 unit split aircond dipasang dalam dewan ini.

Majlis kali ini juga saya ditemani oleh seramai 8 orang rakan2 photographer yang baru dan yang tak berapa baru. Kami masing2 berkongsi idea dan ilmu fotografi bagi mengkatkan kemahiran masing2. Terima kasih pada rakan2 yang hadir.

Outdoor pula dilakukan di luar dewan since pengantin masih perlu meluangkan masa dengan hadirin.

Sepanjang majlis berlangsung, memang hepi dan enjoy. Terima kasih pada keluarga pengantin yang sangat sporting....jom, layan dulu gambar sepanjang majlis ini...





























Friday, May 3, 2013

Akad Nikah: Azilah & Shah

Bismillahirrahmanirrahim...

Apa itu  "art of photography?". Ramai daripada kita yang tahu dan terer amik gambar tapi tak tau pun direction atau art yang betul termasuk saya sendiri. 2 tahun lepas saya ada post beberapa gambar ke dalam Photomalaysia.com untuk dikomen dan dikritik bagi penambahbaikan. Dari situlah ada seorang komentar yang menyebut tentang "art of photography" ni. Bermula dari situ jugalah saya cuba memahami perkataan tu. Search dalam google, baca daripada forum dan blog dsb.

Tiada definisi khusus untuk "art of photography" ni. Tapi apa yang saya faham setakat ni ialah sebagai photographer, kita sepatutnya merancang dahulu apa yang kita nak shoot. Gambarkan dalam kepala berdasarkan suasana yang ada. Bayangkan moment2 yang patut ada. Memang sukar nak terangkan dari segi perkataan. Saya sendiri pun masih tercari2 "art of photography" ni.

Gamabr2 di bawah ni adalah shoot akad nikah di Masjid Taman Keladi pada 1 Mei 2013 yang lalu. Azilah ni adalah adik kepada colleague saya. Enjoy dengan diorang sebab sporting. Majlis kenduri diorang akan berlangsung pada 18 Mei 2013 nanti di sebuah dewan di Tikam Batu, Sungai Petani.

















Tips: Ambil Gambar Wedding Untuk Newbie


Bismillahirrahmanirrahim...
Kali ni saya nak share dengan semua orang termasuk newbie tentang tips mengambil gambar pengantin. Tips ni saya pinjam daripada rakan saya, "Acaii Jawe" daripada blog beliau.
Berikut adalah tips untuk newbie (yang dah terer tak payah baca,haha) :
  1. Pengantin berisi – Sila ambil lebih banyak gambar sisi dari gambar depan-depan yang secara terang-terangan menunjukkan tahap kelebaran pengantin tersebut. Jaga-jaga bahagian peha, lengan, double chin (jangan suruh dia tunduk sangat) atau boleh juga ambil dari sudut sukar, contohnya dari atas.
  2. Pengantin tinggi melangit – Jangan ambil banyak low angle nanti pengantin nampak macam tiang TNB (dulu LLN)
  3. Pengantin rendang (Jangan sebut pendek. Itu kurang hajor. Haha) – Elak ambil gambar pengantin bersama orang lain. Lebih sesuai jika beliau hanya berlatar belakang pokok kedondong yang sudah kene tut. Baru nampak tinggi.
  4. Pengantin gigi berterabur tapi suka sangat senyum – Kau suruh la dia buat gelak comel sambil tangan tutup mulut ke, buat muka tahan kentut ke. Takde la sentiasa sengih nampak gigi.
  5. Pengantin mulut busuk – sapa soh kau hidu. Keje kau amik gambar je. Tak malu.
  6. Pengantin muka takleh blah mcm gangster suka tetak orang tanpa beri salam dulu – Yang ni kau kene belaja banyak buat lawak dan kau jangan lak muke tensen. Tahu la penat, cuba buat-buat muka comel mcm beruk mat yeh supaya pengantin leh gelak. Gangster pon ade sense of humor dowh. Paling susah kau geletek saja. Lepas tu kene tetak dengan pisau kek. Haha.
  7. Jerawat pengantin takleh blah – Takde masalah. Belaja photoshop.
  8. Pengantin taknak senyum (Gelak pon still tak senyum) – Ini bukan manusia. Alien ni.
  9. Pengantin lelaki marah kau sebab usha bini baru dia – Sapa suruh kau usha. Jangan la usha, bodow. Haha.
  10. Pengantin gelap macam time gerhana matahari dan baju pulak berwarna bling-bling tak masuk akal. – PASRAH SAJALAH. HAHAHAHA.
Kesimpulannya, kerja ambil gambar ni bukan kerja mudah, tanggungjawab besar. Moment yang terlepas takkan dapat diulang lagi. Kemahiran mengendalikan kamera juga sangat penting. Kamera mahal belum tentu dapat capture moment yang best. Boleh jadi ia hanya kamera ofis yang dipinjamnya,hahaha. 
Wallahualam.
Teaser: Shah & Azilah