Monday, April 22, 2013

Etika Profesional Photographer


Bismillahirrahmanirrahim…

Kali ni saya nak membicarakan tentang etika professional yang sepatutnya ada pada setiap photographer sama ada part-time mahupun full-time. Saya ingin menyentuh perkara ini kerana salah seorang rakan saya hampir-hampir tidak mendapat album perkahwinannya dari photographer yang bertugas pada majlis kahwinnya. 3bulan selepas majlis, barulah photographer tersebut muncul dan menyerahkan album selepas beberapa kali gagal dihubungi.

Berikut adalah etika professional yang pada pengamatan dan pengetahuan saya perlu ada dalam diri setiap photographer:-

1. Jujur: Perkara ini adalah paling penting. Peribahasa mat saleh yang berbunyi “Honesty is the best policy” dah kita dengar dari kecik lagi. Persoalannya, adakah semua photographer jujur? Bercakap benar ketika perbincangan. Mampu menghasilkan yang terbaik seperti yang dijanjikan kepada klien? Perkara ini adalah subjektif namun ia masih boleh dinilai dari sudut yang berbeza.

2. Tepati masa: “Masa itu emas”…walaupun harga emas sekarang turun tapi masa itu bagi saya lebih berharga dari emas. Masa tak boleh diulang. Sebagai photographer, kita tak boleh minta pengantin repeat saat2 yang sentimental seperti tangisan kegembiraan. Pengurusan masa adalah penting agar photographer tak datang lambat pada mana-mana event.

3. Tahu batasan: Sebagai photographer juga, kita perlu tahu batasan-batasan. Sebagai contoh, cuba elakkan menyentuh pengantin perempuan (andai korang lelaki) sehingga menimbulkan kegeraman pada suaminya…hahahaha…kes naya tu…perkara ini boleh dielakkan sekiranya komunikasi yang berkesan wujud antara kedua-dua pihak.

Semua contoh etika kat atas ni adalah sebahagian daripada banyak etika yang perlu ada dalam diri photographer. Yang beragama Islam, pastikan solat tak tinggal. Inform pada pengantin, kata nak solat…diorang takkan halang punya. Mudah-mudahan rezeki akan bertambah berkat.

Bagi pihak klien pula, bagi mengelakkan anda ditipu oleh photographer yang tidak jujur, pastikan anda melakukan perkara berikut:-

1. Paling simple, jangan bayar semua sekaligus. Biasanya bayar dulu deposit untuk booking date. Lepas majlis, bayar lagi sampai separuh dari bayaran penuh. Katakanlah total package harga RM1500. Bayar dulu deposit dalam RM100. Lepas event, bayar pulak dalam RM700. Balance RM700 lagi bayar masa bila dapat album nanti. Dengan cara ini, kedua-dua pihak akan “secure”.

2. Simpan baik-baik maklumat photographer yang anda ambil. Minta resit dari photographer anda ketika pembayaran deposit dan bayaran penuh. Itu adalah hak anda sebagai klien. Dengan resit itu jugalah anda boleh gunakan untuk “memanjangkan” kes ini ke mahkamah (jalan penyelesaian terakhir) andai kata anda ditipu oleh photographer tidak bertanggungjwab. Tanya juga nama Facebook photographer tu. 99.9% photographer ada FB. So, kalau dia nak tipu, mesti dia tak gamak, sebab takut klien maki hamun dia dalam wall dia nanti.

3. Tanya betul-betul tarikh siap album anda dari photographer. Sebagai contoh, sebaik saja selesai event dan bayaran untuk separuh pakej, tanya pada photog anda, “Bila saya boleh dapat album?”. Bila mana photog tersebut menetapkan tarikh penyerahan album, maka itu adalah komitmennya pada klien. Nak tak nak, photog tersebut akan berusaha siapkan album. Tapi kalau photog tu jawab, “errr…dalam 2 bulan macam tu la”…then up to u all la. Kalau photog tu kawan baik anda dan boleh anda percayai, then terima je.

Apapun, sama ada klien atau photographer, kedua-dua pihak perlulah jujur antara satu sama lain. Sedih bila melihatkan kejadian yang mana sama ada klien atau photographer ditipu. Album tak dapat, duit melayang tak pun album dapat, klien menghilang.  Semoga kita tak tergolong dalam golongan yang macam ni. Rezeki tu perlulah sentiasa halal dan diberkati sama ada untuk diri sendiri mahupun untuk keluarga.

Wallahualam.

Gambar-gambar kat bawah ni diambil masa outing dgn rakan2 photogs kat Titi Semeling.












Monday, April 15, 2013

Kenapa Wedding Photographer Mahal?


Bismillahirrahmanirrahim...
Kali ni saya nak kongsi dengan rakan-rakan semua tentang persolan yang mungkin pernah kita hadapi sendiri ataupun rakan-rakan kita. "Kenapa wedding photographer mahal?". Ada antara kita mungkin senang dan slamber je jawab soalan tu dan mungkin juga ada yang terdiam seketika sambil menyusun kata nak cari jawapan. Apapun jawapannya, ia adalah berdasarkan pengalaman dan pemerhatian saya dan rakan-rakan semata-mata. Ia mungkin berbeza bagi setiap photographer. Ia juga mungkin apply pada sesetengah photographer dan tidak pada yang lain :) jadi kenapa ye harga wedding photographer agak mahal?

  1. KOS TETAP : Perkara paling asas ialah kos untuk membeli peralatan kamera. Kalau photographer tu serius dalam kerjanya dia akan beli peralatan kamera dan lens yang berkualiti. Walaupun ramai yang cakap “Alaa kamera tak penting, tapi orang belakang kamera lebih penting“, kenyataan tu sebenarnya sesuai kepada beginner atau hobbyist. Peralatan photographer kebanyakkannya dalam lingkungan RM15,000 hingga RM50,000. Itu belum kos beli komputer high-end, back-up storage, drybox, beg, kos selenggara dan sebagainya.
  2. KOS MASA BEKERJA : Bagi saya ni merupakan perkara paling penting. Kalau majlis sanding hingga sesi outdoor ia meliputi 7-8 jam bekerja. Itu tak termasuk tambahan shoot majlis nikah dan malam berinai (tambah lagi 8 jam). Kalau photographer part time biasanya mereka hanya ada masa sebelah malam untuk buat editing. Mereka perlu pilih beribu2 keping gambar, edit serta rekabentuk album sendirian. Kadangkala kerja dari 9 malam – 12 malam hanya mampu buat 2 atau 3 page custom album. Kalau 20 page? Esoknya kena bangun awal untuk kerja seperti biasa. Hujung minggu pula tak boleh buat editing sebab ada tugasan lain pula. Cuba bayangkan dengan mengorbankan masa hujung minggu dan waktu malam bersama anak dan keluarga serta masa rehat untuk diri sendiri, berapa pula harga anda?
  3. KOS ALBUM : Sebenarnya kos album ni meliputi kos perjalanan dan masa untuk menghantar serta mengambil album, re-printing kalau kualiti tak memuaskan dan harga album tu sendiri. Harga album biasa ada yang bermula dari RM300 hingga album professional yang boleh mencecah RM1500 untuk satu album. Tanpa sedar ia juga melibatkan masa bekerja seseorang photographer.
  4. KOS PROFESSIONAL: Kos ni merupakan sesuatu yang subjektif tapi ia sangat penting. Kemahiran photographer berbeza dari segi kreativiti, kemahiran editing, pengalaman PR dan lain-lain. Bila anda bayar photographer secara tak sedar anda membayar untuk semua kemahiran yang ada padanya yang diperolehi bertahun-tahun melalui proses pembelajaran yang panjang. Anda membayar untuk ‘skill’ mereka menghasilkan gambar bukan harga album yang menjadi ukuran semata-mata. Sebagai perbandingan kalau saya nyanyi lagu Siti Nurhaliza orang nak bayar RM5 pun susah, tapi kalau Siti nyanyi mungkin boleh bayar RM5000 padahal lagu yang sama, haha. Mengapa? Kenapa kita mengupah tukang kayu nak renovate rumah kita sedangkan kita juga ada semua peralatan yang dia miliki. Boleh tak kita cakap alaaa peralatan buat semua ni murah je napa nak cas mahal2? Sebab apa?

Kesimpulannya, ia bukan sekadar harga album. Banyak lagi faktor lain yang menyumbang kepada kos sebenar wedding photography. Kerja photographer yang lebih sukar baru bermula selepas selesai sesuatu majlis. Bagi photographer full-time pula, mereka terpaksa bayar kos overhead seperti sewa kedai, bil utiliti, gaji pekerja, kenderaan, tax dan sebagainya. Dari mana mereka dapat duit untuk bayar semua tu? Saya harap dapat beri sedikit gambaran tentang kos yang terlibat oleh seorang photographer wedding ni. Wallahua’lam.
Gambar2 kat bawah ni adalah gambar suka-suka amik ketika melawat member sekerja akad nikah. Kalau paid wedding job, memang tak boleh bawak si kecik Haidar Mukhlis tu...hehehehe....tak jadi kerja nanti....:)















Tuesday, April 9, 2013

Tips: Group Photo Keluarga


Bismillahirramanirrahim


Kali ni saya nak cerita sikit tentang group photo keluarga dalam majlis perkahwinan. Walaupun nampak seperti remeh tapi kadangkala benda ni memang terlepas pandang oleh pasangan pengantin sebab melayan kawan2 yang datang ke majlis. Bila dah habis majlis baru sedar gambar ‘core family’ masih belum lengkap.



Saya guna style note nak terangkan point:
  1. Pengalaman shoot majlis perkahwinan saya dah jumpa family dari pelbagai latar belakang dan karekter. Memang diakui kekadang ada keluarga yang susah nak berkumpul mengambil gambar keluarga sebab melayan tetamu majlis terutama Ibu dan Bapa. Benda tu memang biasa dan sebenarnya boleh diatasi dengan mengambil gambar pada akhir majlis apabila tetamu dah berkurangan.
  2. Cara yang boleh dilakukan untuk pastikan semua ahli keluarga ada ; pastikan ada seorang yang mengumpulkan adik beradik terlebih dahulu. Bila semua dah ada, barulah panggil ibu dan bapa di luar. Beritahu mereka ia hanya amik masa 1 minit sahaja. Jadi mereka boleh datang sebentar, amik gambar dan terus jumpa tetamu kembali.
  3. Kenapa saya cakap benda ni penting? Sebab pernah berlaku kepada seorang sahabat photographer yang dipersalahkan sebab gambar ahli family nya tak cukup dalam album. Mana mungkin photographer kenal semua ahli keluarga yang ramai. Beban untuk mengumpulkan ahli keluarga juga bukan terletak di bahu photographer. Mereka hanya sediakan ruang masa untuk sesi bergambar bersama pengantin dan mengambil gambar mereka di atas pelamin tersebut.
  4. Benda ni lagi crucial sekarang sebab pengantin ada sesi Outdoor di luar. Masa di rumah/dewan semakin singkat. Kekadang ada pengantin cakap tidak mengapalah sebab family sibuk tetapi sebenarnya bila dikenang kembali pada masa akan datang barulah menyesal takde gambar kahwin bersama keluarga sendiri. Benda tu takkan dapat diulang kembali.
  5. Kesimpulannya, tak kisahlah style apa photographer anda amik gambar ketika group foto. Asalkan semua pihak gembira, go for it!! tetapi kena pastikan ada family portrait untuk kenangan. Bagi saya, gambar seluruh ahli keluarga biarpun dalam pose tradisional jauh lebih berharga dari gambar ceria atau gila2 bersama kawan-kawan. Wallahua’lam