Tuesday, March 8, 2011

Tip#1: 10 Tips on Composition

Salam,
Composition/ komposisi....benda apalah ni? Penting ke dalam photography? Camner saya nak dapatkan komposisi yang bagus dalam setiap gambar saya? Di kalangan photographer, elemen komposisi adalah tunjang bagi sesebuah gambar. Ia adalah satu konsep yang mesti diadaptasikan ke dalam gambar untuk "menghidupkan" gambar tersebut. Jadi kita tgk, 10 tips berkenaan komposisi:-


1. Voluminous Repetition
Tekstur atau bentuk yang berulang2 akan membentuk satu komposisi gambar yang menarik. Contoh gambar sebegini boleh terhasil ialah pokok2 yang tersusun cantik, bangunan2, batu batuan dan sebagainya.


Google Image:

2. Include Textures
Memasukkan elemen tekstur ke dalam gambar adalah satu komposisi yang menarik. Tak kiralah sama ada tekstur tersebut kasar, berbonjol2, licin namun bila dilihat dengan teliti, ia akan membentuk satu paten yang cantik. Biasanya kita terlepas pandang semua ni kerana kita tidak memerhati dengan mendalam. Penggunaan cahaya yang "harsh" akan dapat menambah daya penarik gambar sebegini.


Google Image:

3. Symmetry
Simetri ataupun dalam kata mudah, satu garisan yang memisahkan dua gambar yang sama. Susah jugak nak faham ni. Tapi rasanya kalau tengok gambar, lagi cepat nak faham.  Melalui pembacaan yang saya lakukan, memasukkan elemen simetri ini ke dalam gambar boleh merosakkan komposisi andai tidak dilakukan dengan cara yang betul. Bagaimana caranya? Keep on shooting and practicing. Itu saje.

Google Image:

4. Lines and Curve
Garisan dan lengkung. Rasanya yang ni straight forward. Apa yang kita perlu lakukan ialah mencari tempat yang sesuai yang ada elemen2 sebegini. Sebagai contoh, landasan keretapi, bangunan2 moden, jambatan dan sebagainya. Dengan garisan dan lengkung ini, ia akan menarik perhatian mata ke arah subjek dan itu menjadikan gambar tersebut mempunyai komposisi yang baik.

My Image:


Google image:


5. Emphasize Patterns
Penekanan terhadap paten (yang ni direct translation…hehehe). Berbeza dengan komposisi di item no 4 di atas, paten di sini tidak semestinya sama dari segi saiz, panjang mahupun warna. Apa yang ditekankan dalam komposisi ini ialah, transformasi di antara satu garisan dengan garisan yang lain. Bermula dengan besi yang lurus hinggalah besi yang paling bengkok. Kat mana nak cari background macam ni? Well, it’s hard to answer the question. That’s why a good photographer will do a lot of research…


Google Image:


6. Depict Varying Tones
Kebanyakan photographer termasuk saya tak menyukai bayang2 (masa awal2 dulu la). Kalu boleh gambar yang terhasil tu tak nak ada bayang langsung. Overexposed pun takpe…hehehehe…Tapi sebenarnya konsep tu salah sebab bayang2 juga adalah seni dan boleh memberi komposisi yang baik pada sesebuah gambar.


Google Image:

7. Cropping
Cropping?...bahasa melayu apa ek?takpelah, since the word “crop” itself is very synonym to all photographers then I’ll stay with that word. Tak semua gambar yang diambil tu sempurna dan dengan cara “crop” ni, komposisi yang lebih menarik boleh dicapai.


Google Image:


8. Highlight One and Blur The Rest
Fokus pada satu tempat dan blurkan tempat lain. Yang ni pun rasanya straight forward jugak. Depth of field memainkan peranan penting dalam unsur komposisi ini.


My Image:

My Image:

9. Zoom-In
Close-up ataupun zoom-in sesuatu objek mampu memberikan komposisi yang baik kepada sesebuah gambar. Sebagai contoh, “spiral stairs”, terowong, paip besi dan sebagainya.


Google Image:

10. Creative Outlook
Pemerhatian yang tajam sangatlah perlu untuk seseorang photographer. Bagi yang berpengalaman, mereka akan datang survey dulu tempat yang diorang akan shoot sebelum shoot dijalankan untuk mendapatkan idea. Itulah cara kerja professional namanya. Berdasarkan tips2 komposisi di atas, jom kita sama2 bereksperimentasi dan shoot gambar yang menarik mengikut komposisi yang betul.

Note: “Rules of Third” jangan lupa ok….:)

No comments:

Post a Comment