Tuesday, March 8, 2011

Best ke Kit Lens?

Salam...

Kit Lens? Prime Lens? "L" Lense? Telephoto Lens? Wide Angle Lens? Macro Lens? Tilt Shift Lense?...dan bermacam2 jenis lens lagi yang boleh kita jumpa kat kedai2 photo dan daripada photographer2 yg tengah shoot gambar landscape, kahwin atau model. Saya tak nak discuss tentang setiap lens tu kat sini. Saya cuma nak berkongsi idea dan pendapat tentang Kit Lens.

Kit Lens ni ialah lens yang biasanya datang bersama dengan kamera. Sebagai contoh, kamera yang saya guna, Canon EOS 550D, kit lens 18-135mm macam kat bawah ni.



Kit lens ni mempunyai bukaan aperture maksimum yang kecik dan kualiti glass/kaca lens yang sederhana. Ia juga lens yang murah berbanding lens2 lain. Tapi bagi saya ia tak sepatutnya jadi penghalang untuk hasilkan gambar yang baik kalau tahu cara memakainya. Jangan hanya tahu beri alasan, mengeluh dan berputus asa.


Sehingga kini saya masih lagi menggunakan kit lens saya ini untuk mengambil pelbagai jenis gambar, perkahwinan, lanskap, model dan sebagainya. Ia ringan dan boleh cover semua perkara yang saya nak. Saya akan terus guna kit lens ni sampailah saya dah rasa limitasi lens tu (kalau dah ada baget untuk beli lens 70-200mm f2.8 yang berharga RM5,000 tu, kit lens ni saya tetap akan simpan buat koleksi). Pastu barulah saya terfikir untuk upgrade lens lain yang lebih baik. Apapun, sekarang saya masih lagi gunakan kit lens 18-135mm ni. Ni contoh gambar yang saya amik gunakan kit lens 18-135mm. Boleh cover range dari wide angle (18mm) hinggalah medium zoom (135mm). Nampak ke pakai lens apa dalam gambar2 ni? hehe.











Jadi, kesimpulannya, apa jua lens yang seseorang photographer itu miliki, sewajarnya gunalah ia sebaik mungkin. Apa yang saya lakukan ialah, melakukan banyak pemerhatian, kajian dan bereksperimentasi supaya kita dapat mengenali lens kita dengan lebih mendalam atau pun "sejiwa" dengan lens...hehehehe....

Wassalam.

2 comments:

  1. aku guna kit lens je dari start amik gambo sampai skang.. ekekeke

    ReplyDelete
  2. kit lens rock macam kid rock!!!...hehehehe

    ReplyDelete