Friday, May 31, 2013

Tips Part 1: Cara Mempromosikan Perkhidmatan Fotografi

Assalamualaikum...

Kali ni saya nak menulis tentang cara-cara mempromosikan perkhidmatan fotografi. Tak kiralah sama ada elemen foto ke arah wedding ke, family portraiture ke, konvokesyen ke, majlis cukur jambul ke...ia tetap "applicable" untuk semua jenis fotografi. Teringat pulak masa study kata UTM dulu, masa subjek "Marketing"...lecturer sebut tentang 4P dalam perniagaan...salah satu dari P tersebut ialah "promotion".

Apa yang saya tulis ni adalah sebahagian dari pembacaan dan sebahagian lagi dari pengalaman saya sendiri melalui pemerhatian. Berikut adalah contoh-contoh promosi yang boleh dilakukan:

1. Kad Nama 
Ok...tak kiralah ia dipanggil name card atau business card, tapi yang inilah promosi paling asas yang perlu ada pada freelance ataupun full time photographer. Yelah, camne orang nak kenal atau rekomenkan pada orang lain kalau takde namecard. Sekarang ni namecar dah tak mahal...boleh buat banyak2. Lagi satu, pastikan namecard design tu lain dari yang lain. Barulah customer atau potential customer akan ingat...:)
Sumber: Google

2. Ada blog atau website sendiri
Sebahagian besar antara kita memiliki akaun facebook tapi tak semua ada blog atau website sendiri. Tak kiralah website free atau berbayar. Sebenarnya banyak perkara yang boleh dilakukan atau diletakkan apabila mempunyai web atau blog sendiri. Sebagai contoh, kita boleh cerita pengalaman shoot pengantin yang mana akan dibaca oleh viewers yang mungkin "potential customer". Jalan cerita yang menarik mungkin dapat menarik minat mereka. Hal ini tidak dapat dilakukan di dalam FB.

3. Sample Album
Masih ramai potential customer di luar sana tak tahu apa itu custom album. Ada jugak yang bertanya tentang sticky album. Jadi, dengan adanya sample album (sticky & custom album), ia dapat memudahkan penerangan seseorang photographer kepada bakal kliennya.


4. Banner atau bunting
Hmm...yang ni mmg sah2 adalah konvensional way of promotion tapi memang efektif. Setup bunting dan letak kat suatu penjuru yang dapat dilihat oleh hadirin yang datang ke kenduri. Berbeza dengan namecard, dengan adanya bunting sebegini, potential customer yang datang pada majlis itu akan terus save number contact photographer tersebut.

5. Facebook Fan Page
Sekarang ni dah menjadi trend untuk full time malah freelance photographer mewujudkan facebook fanpage mereka sendiri. Di dalam fanpage tersebut akan diletak gambar2 yang cantik sebagai salah satu cara menarik potential customer. Disertakan juga pakej2 istimewa di dalamnya. Ini juga adalah salah satu cara yang berkesan dan cepat untuk mempromosikan perkhidmatan anda.

6. Letak nama dan perkhidmatan dalam "database" percuma.
Anda semua tentu tahu "mudah.com" bukan? Ketika mula2 saya menjebakkan diri dalam wedding photography ni 3 tahun yang lalu, saya letak nama dan perkhidmatan dalam "mudah.com". Alhamdulillah lepas rasanya ada 3 atau 4 pasangan pengantin yang telah menjadi customer saya "jumpa" saya melalui mudah.com. Itupun hampir setahun lebih nama kat dalam tu....hehehehe....rezeki.

7. Nama, contact no dan alamat web atau blog pada baju.
"Established" photographer rata2 menggunakan teknik promosi ini kerana ia mudah dan "portable". Ia umpama "papan iklan bergerak". Nama, no. telefon, email, alamat web atau blog tertera pada baju. Biasanya pada bahagian belakang baju. Potential customer akan dapat melihat photographer dan detail serentak...:)

Okla, saya tangguh dulu cara2 promosi perkhidmatan fotografi ni...ada lagi sebahagian yang akan saya share dalam part 2 nanti. Hopefully, kita semua dapat gunakan teknik2 promosi di atas. Tak semua, sebahagian pun jadilah....:)

Wassalam.

No comments:

Post a Comment