Tuesday, June 11, 2013

Tips Part 2: Cara Mempromosikan Perkhidmatan Fotografi

Salam semua...

Ok saya nak sambung cerita atau tips untuk mempromosikan perkhidmatan fotografi.

8. Handout
Pengedaran handout ni memang popular dari zaman berzaman lagi. Tentu ramai antara kita pernah tengok orang berjalan dari rumah ke rumah sambil menyelitkan kertas iklan ke dalam kotak pos. Biasanya iklan Courts dan Tesco. Memang cara ni berkesan kerana ia mampu menyasarkan promosi kepada "potential customer". Jadi, apa salahnya mencuba kan?

9. Kad "Thank You"
Rasanya cara ni tak ramai lagi yang buat. Mungkin sebab terpaksa menambah kos. Selitkan bersama dengan album klien. Tujuan memberikan kad ini kepada klien adalah sebagai tanda penghargaan kerana memilih perkhidmatan photographer tersebut. Cara ini akan menaikkan "persepsi" profesional photographer tersebut di mata klien. Justeru, adalah satu kemungkinan yang besar photographer tersebut mendapat testimonial yang baik daripada kliennya.
sumber: google

10. Menaja "Event"
"Sponsor"...dengar aje perkataan ni, ramai antara kita yang agak fobia dan terlintas di fikiran betapa ruginya keluarkan duit untuk sesuatu yang tidak memberi pulangan. Salah sebenarnya tanggapan tu. Tak perlu nak taja berjuta2 ringgit untuk promosikan perkhidmatan fotografi. Sebagai contoh, "signboard" jalan ke rumah pengantin boleh juga ditaja oleh fotografer. Letak nama/blog/fb fotographer pada signboard tu....mesti ramai yang baca kan?...berapa sangat harga signboard tu....A3 saiz tak sampai RM5 pun.

11. Tawarkan kupon.
Pernah tengok kan iklan bercetak pizza hut? yang ada kupon diskaun tu? kerat dan bawa ke pizza hut baru boleh dapat certain diskaun. So, kenapa tidak kita cuba teknik yang sama dalam fotografi kita...sebagai contoh, untuk 10 pengantin terawal yang booking dan sertakan kupon (advertise dalam FB) akan diberikan RM100 diskaun...menarik tak?...saya memang cukup tertarik dengan diskaun camni....:)

12. Testimoni daripada klien
Berapa kerat dari photographer yang kita jumpa ada letak testimoni klien pada blog, website dan FB nya? Walhal itulah antara cara terbaik untuk memberikan persepsi yang terbaik untuk perkhidmatan kita. Betul tak? Cubalah...
sumber: google


Haa...oklah, rasanya 12 tips ni pun tak termampu nak buat semua...takpe, kita cuba satu persatu...dapatkan cara yang terbaik dan paling sesuai...yang penting, untuk terus compete dalam dunia wedding photography ni, maka kita kena sentiasa berusaha mencari kelainan dan dalam masa yang sama mempromosikan perkhidmatan fotografi.

Sekian.

No comments:

Post a Comment