Saturday, May 14, 2011

Tips Untuk Pengantin Perempuan

Salam...


Banyak perkara yang mungkin tidak kita sedari berlaku ketika majlis perkahwinan. Ada yang manis dan tak kurang juga yang pahit. Contohnya perancangan tentang pengapit, perjalanan majlis, susun atur meja makan, makanan dan sebagainya yang di luar kawalan pengantin semasa majlis sedang berjalan.


Bagi pengantin yang tidak dapat mengawal perasaan, perkara2 seperti ini kadangkala boleh membuatkan pengantin moody dan tidak ceria. Biasanya ni terjadi kepada pengantin perempuan sebab lelaki biasanya memang rileks sampai tak kisah apa-apa :) Ada juga pengantin yang jadi ‘raksasa’ yang marah semua orang termasuk mak ayah, adik beradik termasuk suami bila ada benda yang tidak kena. Sebenarnya tanpa disedari inilah ujian awal buat pasangan tersebut.


Apa yang boleh dilakukan bila ini berlaku ialah bertenang. Cuba kawal perasaan, tarik nafas dalam2. Cuba fikir kembali apa tujuan majlis tersebut dilaksanakan. Untuk meraikan sahabat dan tetamu ataupun untuk tujuan lain. Memang akan ada benda kecil yang kadangkala tidak seperti yang diharapkan. Tetapi kalau hanya disebabkan goodies bag pun pengantin masam sepanjang majlis memang menunjukkan dia tidak bijak mengawal emosi.


Tetamu tak pernah expect majlis berjalan sempurna. Kalau ada kekurangan biasanya mereka faham kesukaran menguruskan majlis sebesar itu. Jadi tak perlu risau tentang apa yang mereka fikirkan. Adalah bijak untuk melantik seorang yang bertugas sebagai ‘floor manager’ yang mengurus perjalanan majlis. Pengantin sebaiknya menikmati hari berbahagia mereka dengan tenang, ceria dan bersemangat. Kerana hari itulah yang akan diingati seumur hidup dan itulah tujuan majlis tersebut diadakan pada awalnya :)


Sumber: http://www.faisalrahim.com/blog/page/13/

No comments:

Post a Comment