Thursday, June 16, 2011

Wedding # 9 Zairi & Niza

Salam,

Kali ni saya nak update majlis perkahwinan adik kepada rakan ofis saya, Yusma iaitu Zairi dengan pasangannya Niza. Majlis perkahwinan ini berlangsung di Yan, Kedah. Ketika dalam perjalanan menuju ke rumah pengantin, boleh dikatakan setiap simpang ada bunga manggar...yelah, masa tu kan cuti sekolah jadi banyaklah kenduri kahwin berlangsung....Rata-rata warna pilihan yang saya lihat (tengok tang khemah) ialah warna hijau...mungkin jugak sebab negeri kedah ni kan digelar hijau kuning...mungkin sebab tu kot...hehehehe...

Begitu juga dengan Zairi & Niza yang memilih warna hijau untuk majlis ini. Kemudian saya teringat yang saya pernah ambil gambar customer saya yang berbaju hijau ber"backgroundkan" pokok2 yang menghijau....for sure "tenggelamla" subjek dengan background. Gambar jadi kurang menarik. Sejak itu, bila saja saya terima tempahan, saya akan tanya customer warna baju yang akan dipakai dan lokasi outdoor yang dirancang.

Kalau tak ok (warna baju sama dgn background), saya akan propose tukar lokasi ataupun saya terpaksa menggunakan "prop" tambahan untuk "push" gambar supaya tak tenggelam. Begitulah ceritanya.....
Oklah, layan dulu gambar Zairi & Niza yang saya telah edit menggunakan Lightroom 2 terlebih dulu, kemudian baru touch up, crop dan stamping here and there guna Photoshop CS5.





























Bagi mengelakkan pengantin tenggelam dengan background, so saya elakkan daripada outdoor kat bendang...masa tengah cari lokasi utk outdoor, tiba2 terpandangla macam sebuah taman kat tepi jalan...dah lupa dah nama dia...ada jambatan...quite nice...so, kitorang outdoor kat situ jer.....

Terima kasih diucapkan kepada Zairi & Niza yang sporting sepanjang majlis berlangsung. Semoga perkahwinan yang dibina ini akan kekal selamanya. Tak lupa juga terima kasih diucapkan pada Yusma sekeluarga kerana menjamu saya makan sampai 3 round...kekekeke....tq tq....Akhir sekali terima kasih untuk pakcik yang pinjamkan basikal masa kat taman tu...wassalam...

No comments:

Post a Comment