Saturday, May 14, 2011

Wedding #8 (TA Acaii Jawe): Zul & Azzah

Salam...


Pertemuan dan perpisahan adalah kehendak yang Maha Esa. Kadangkala kita tak nak berpisah dengan sesiapa pun, baik keluarga kita mahupun dengan rakan2 kita. Namun, perpisahan mungkin tak dapat dielakkan dan pertemuan yang tak dijangka juga mungkin akan menyusul. Itulah lumrah hidup yang sememangnya terjadi kepada semua orang secara sedar atau tidak.


Kewujudan facebook yang menjadi fenomena luar biasa,yang menular dalam diri semua orang, memungkinkan pertemuan semula rakan2 lama. Mungkin ada yang baik dan buruk tapi ambillah yang terbaik.


Itulah yang terjadi antara saya dan Acaii Jawe atau Faisal Rahim. Beliau adalah rakan serumah saya semasa melanjutkan pelajaran di UTM. Habis je grad pada thn 2003, kitorang lgsg tak pernah berjumpa sejak itu. Adalah dalam 8 thn. sebenarnya si Acaii Jawe ni dah berkecimpung lebih lama dalam wedding photography dan secara jujur saya katakan, beliau sedikit sebanyak mempengaruhi saya untuk menceburkan diri dalam wedding photography ni. Bila melihatkan hasil kerja beliau, membuatkan saya berminat utk melakukan perkara yang sama.


Akhirnya, kitorang reunion dalam majlis wedding client beliau dan saya tag along buat pertama kalinya dengan rakan baik saya sendiri. Itulah yang dikatakan takdir...kuasa Allah memungkinkan segalanya...Layan dulu gambar tag along saya ni dalam majlis yang pertama kalinya saya shoot dalam dewan. Terima kasih juga kepada Acaii Jawe atas tunjuk ajar yang diberikan.


Tahniah kepada kedua-dua mempelai. Semoga perkahwinan mereka akan berkekalan selamanya.


































2 comments: