Sunday, January 30, 2011

Kelahiran Haidar Mukhlis

Assalamualaikum...

Rasanya dah berminggu2 saya tak update blog ni...bukan apa, agak sibuk sikit sebab menunggu kelahiran anak sulung saya ni...akhirnya tepat jam 12.40pg 28 Januari 2011, Haidar Mukhlis telah lahir ke dunia ini dengan selamatnya dengan berat 3.31kg.

Pada mulanya, saya agak gusar juga untuk menemani isteri di Labour Room...yela, takut nanti saya yang pengsan sebab "mabuk darah"..tp saya kuatkan semangat kerana ingin memberi sokongan moral pada isteri di samping menghayati azab isteri atau seorang ibu ketika melahirkan anak. Tatkala Haidar keluar dari kandungan isteri, anak sulung saya tu terus menangis..dengar je anak menangis, saya pun menangis sama...:)

Kepada rakan2 yang akan atau telah bergelar suami, temanilah isteri ketika melahirkan anak kerana kita sebagai lelaki dan suami akan tambah menghargai isteri kita ketika melihat keperitan melahirkan anak. Mudah-mudahan, rumahtangga yang dibina akan lebih indah dan bahagia hingga ke akhir hayat.

Kat bawah ni gambar Haidar yang diambil di hospital. Setting manual dengan ISO:3200. Saya terpaksa boost ISO sebab taknak guna flash dalam hospital...mau kena halau dengan nurse nanti..;P...inipun tak dapat amik gambar byk sebab nurse kata alat2 yg ada dlm wad tu akan rosak bila kamera digunakan...tak tahulah sama ada betul atau tak...apapun, kita kena hormati peraturan walau di mana kita berada...wassalam...


2 comments: