Monday, April 22, 2013

Etika Profesional Photographer


Bismillahirrahmanirrahim…

Kali ni saya nak membicarakan tentang etika professional yang sepatutnya ada pada setiap photographer sama ada part-time mahupun full-time. Saya ingin menyentuh perkara ini kerana salah seorang rakan saya hampir-hampir tidak mendapat album perkahwinannya dari photographer yang bertugas pada majlis kahwinnya. 3bulan selepas majlis, barulah photographer tersebut muncul dan menyerahkan album selepas beberapa kali gagal dihubungi.

Berikut adalah etika professional yang pada pengamatan dan pengetahuan saya perlu ada dalam diri setiap photographer:-

1. Jujur: Perkara ini adalah paling penting. Peribahasa mat saleh yang berbunyi “Honesty is the best policy” dah kita dengar dari kecik lagi. Persoalannya, adakah semua photographer jujur? Bercakap benar ketika perbincangan. Mampu menghasilkan yang terbaik seperti yang dijanjikan kepada klien? Perkara ini adalah subjektif namun ia masih boleh dinilai dari sudut yang berbeza.

2. Tepati masa: “Masa itu emas”…walaupun harga emas sekarang turun tapi masa itu bagi saya lebih berharga dari emas. Masa tak boleh diulang. Sebagai photographer, kita tak boleh minta pengantin repeat saat2 yang sentimental seperti tangisan kegembiraan. Pengurusan masa adalah penting agar photographer tak datang lambat pada mana-mana event.

3. Tahu batasan: Sebagai photographer juga, kita perlu tahu batasan-batasan. Sebagai contoh, cuba elakkan menyentuh pengantin perempuan (andai korang lelaki) sehingga menimbulkan kegeraman pada suaminya…hahahaha…kes naya tu…perkara ini boleh dielakkan sekiranya komunikasi yang berkesan wujud antara kedua-dua pihak.

Semua contoh etika kat atas ni adalah sebahagian daripada banyak etika yang perlu ada dalam diri photographer. Yang beragama Islam, pastikan solat tak tinggal. Inform pada pengantin, kata nak solat…diorang takkan halang punya. Mudah-mudahan rezeki akan bertambah berkat.

Bagi pihak klien pula, bagi mengelakkan anda ditipu oleh photographer yang tidak jujur, pastikan anda melakukan perkara berikut:-

1. Paling simple, jangan bayar semua sekaligus. Biasanya bayar dulu deposit untuk booking date. Lepas majlis, bayar lagi sampai separuh dari bayaran penuh. Katakanlah total package harga RM1500. Bayar dulu deposit dalam RM100. Lepas event, bayar pulak dalam RM700. Balance RM700 lagi bayar masa bila dapat album nanti. Dengan cara ini, kedua-dua pihak akan “secure”.

2. Simpan baik-baik maklumat photographer yang anda ambil. Minta resit dari photographer anda ketika pembayaran deposit dan bayaran penuh. Itu adalah hak anda sebagai klien. Dengan resit itu jugalah anda boleh gunakan untuk “memanjangkan” kes ini ke mahkamah (jalan penyelesaian terakhir) andai kata anda ditipu oleh photographer tidak bertanggungjwab. Tanya juga nama Facebook photographer tu. 99.9% photographer ada FB. So, kalau dia nak tipu, mesti dia tak gamak, sebab takut klien maki hamun dia dalam wall dia nanti.

3. Tanya betul-betul tarikh siap album anda dari photographer. Sebagai contoh, sebaik saja selesai event dan bayaran untuk separuh pakej, tanya pada photog anda, “Bila saya boleh dapat album?”. Bila mana photog tersebut menetapkan tarikh penyerahan album, maka itu adalah komitmennya pada klien. Nak tak nak, photog tersebut akan berusaha siapkan album. Tapi kalau photog tu jawab, “errr…dalam 2 bulan macam tu la”…then up to u all la. Kalau photog tu kawan baik anda dan boleh anda percayai, then terima je.

Apapun, sama ada klien atau photographer, kedua-dua pihak perlulah jujur antara satu sama lain. Sedih bila melihatkan kejadian yang mana sama ada klien atau photographer ditipu. Album tak dapat, duit melayang tak pun album dapat, klien menghilang.  Semoga kita tak tergolong dalam golongan yang macam ni. Rezeki tu perlulah sentiasa halal dan diberkati sama ada untuk diri sendiri mahupun untuk keluarga.

Wallahualam.

Gambar-gambar kat bawah ni diambil masa outing dgn rakan2 photogs kat Titi Semeling.












No comments:

Post a Comment