Monday, February 7, 2011

Wedding #4: Onie & Iwan

Assalamualaikum....

Kali ni saya nak update gambar perkahwinan antara Hanani (Onie) dan Syed Radzuan (Iwan) yang berlangsung di Kuala Ketil pada 5 Februari yang lalu. Pada hari itu saya berseorangan tanpa ditemani oleh isteri yang sedang dalam berpantang. Ketika mencari rumah pengantin, saya diekori oleh seorang pakcik yang sedang menunggang motosikal. Suspen jugak ingatkan pakcik tu nak "pow" saya ke apa ke. Rupa-rupanya dia suruh saya ikut dia dari belakang ke rumah pengantin. Pakcik tu nampak saya memandu sambil pegang kad kahwin dan sedang terlajak dari lokasi perkahwinan.

Majlis perkahwinan memang meriah kerana turut mengadakan majlis berendoi keluarga Onie. Demonstrasi silat juga turut diadakan bagi menghiburkan tetamu di samping menunjukkan tradisi seni mempertahankan diri Melayu.

Akhir kata, terima kasih diucapkan kepada Onie & Iwan sekeluarga yang memang sporting sepanjang shot dilakukan. Semoga ikatan perkahwinan yang dipateri ini akan terus terpateri sampai bila2.








No comments:

Post a Comment