Salam semua…
Masuk tahun ni, dah hampir 3 tahun saya menceburkan diri
dalam wedding photography ni. Walaupun tak cecah berpuluh2 pengantin lagi tapi
banyak pengalaman, ilmu dan rakan2 yang telah saya temui dan dapati dalam
tempoh itu. Banyak dugaan dan pengorbanan yang terpaksa dilalui demi
mengabadikan kenangan manis pengantin ke dalam album yang akan disimpan
selamanya.
Kali ni saya nak updatemajlis akad nikah pasangan Hayati dan
Maswadi. Mereka memilih tarikh yang amat istimewa sempena akad nikah iaitu
121212 atau 12 Dis 2012. Akad nikah yang diadakan di Masjid Seberang Jaya pada
hari tersebut dihadiri oleh 4 pasangan pengantin serentak.
Terdapat dua juru kadi yang akan menikahkan kesemua pasangan
tersebut manakala khutbah disempurnakan oleh seorang ustaz. Memang meriah dan
ramai orang dalam masjid pada ketika itu.
Pada majlis resepsi pula, kali kedua saya shoot di Cinta Sayang Golf & Resort. Pertama kali dulu tag along je. Msa majlis resepsi ni juga saya dibantu oleh Che Deen.
Jom kita layan dulu sedikit sebanyak gambar pasangan
pengantin ini.
Yusfeeny Photography
No H/P: 012-5941631
Email: yusfeeny@gmail.com
Facebook: Yus Fairoz
"Let us snap your sweetest moment"
No comments:
Post a Comment