Wednesday, February 20, 2013

Wedding # 14: Ajmal & Hidayah


Bismillahirrahmanirrahim

Sudah hampir 2 bulan tahun 2012 melabuhkan tirainya. Banyak suka duka tawa dan tangis yang berlaku sepanjang tahun itu. Ramai juga sahabat yang berubah status dan ada juga yang telah meninggalkan kita selama-lamanya. Itulah bumbu kehidupan. Sebenarnya tak kisahlah berapa umur biologi kita tapi yang lebih penting sejauh mana amalan kita seiring dengan penambahan umur.

Awal tahun 2012 dulu, berapa orang yang sangka mereka akan meninggal dunia tahun ni? Peringatan seperti itu sahaja sudah cukup supaya kita jadi insan lebih baik dan menambahkan amalan harian kita. Mungkin giliran kita pula tahun ni. Kalau terlalu kejar dunia ni memang takkan pernah cukup. Mari kita perbaiki diri. Jaga hubungan dengan Allah dan juga manusia. Tingkatkan akhlak kita. “Aku memang byk berbuat dosa. Akulah orang yang perlu buat begitu dahulu”.

Saya update pernikahan Ajmal & Hidayah yang diadakan di rumah mereka kat Pendang, Kedah baru-baru ni. Sebenarnya Ajmal ni adalah adik kepada bekas rakan sekerja saya dulu.
Yang bestnya tentang couple ni ialah diorang memang terer berposing. Takyah suruh…diorang dah tau cam mana nak bergaya. Memang senang sikitlah kerja saya. Ajmal ni jugak adalah salah seorang yang gemar kepada motor berkuasa tinggi yang popular sekitar awal 90-an. Disebabkan itu, atas permintaannya, sesi post-wedding dengan tema “vintage bersama motosikal” telah dilakukan.

Jom, layan dulu gambar diorang.












































Yusfeeny Photography
No H/P: 012-5941631 
Email: yusfeeny@gmail.com
Facebook: Yus Fairoz

"Let us snap your sweetest moment"


No comments:

Post a Comment