Salam semua
Sudah agak lama saya tak update blog ni. Agaknya dah hampir
8 bulan. Pelbagai perkara yang berlaku dalam tempoh tu yang ingin dikongsi
bersama andai berkesempatan. Apa pun, insyaAllah selepas ni saya akan cuba
meluangkan masa untuk sentiasa kemaskini blog ini.
Hmm…pada 9 dan 10
November 2012 yang lalu, saya sekali lagi diberi kepercayaan untuk mengambil
gambar perkahwinan rakan sekerja saya iaitu Suriawati Mat Salleh bertempat di
Gurun, Kedah.
Pada sebelah malam, majlis akad nkah berlangsung di Masjid
Gurun. Terdapat lagi satu pasangan yang juga diakad nikah pada malam tersebut.
Pada watu tu jugak saya berjumpa dengan rakan photographer, Azam namanya. Dia
full-time photographer. Secara ringkasnya, majlis akad nikah berlangsung dengan
jayanya.
Keesokannya pada majlis resepsi, ramai rakan2 sekerja
pengantin dan secara automatiknya saya datang bertandang. Seronok bila ada
ramai kawan2 pada majlis perkahwinan.
Pada sebelah petang, kami outdoor di landasan keretapi yang
tidak jauh dari rumah pengantin. Memang best shoot kat sini cuma cuaca agak
mendung dan hujan rintik2.
Saya nak merakamkan jutaan terima kasih pada keluarga Su
yang sangat2 sporting dan juga ramai yang telah beri banyak kerjasama sepanjang
majlis itu. Terima kasih juga diucapkan pada rakan sekerja saya, Chun Ar yang
secara tak tersengaja menjadi Mak Andam pada pengantin….hahahaha….Semoga
perkahwinan kalian kekal hingga ke akhir hayat.
Yusfeeny Photography
No H/P: 012-5941631
Email: yusfeeny@gmail.com
Facebook: Yus Fairoz
"Let us snap your sweetest moment"
No comments:
Post a Comment