Bismillahirrahmanirrahim...
Kali ni saya nak kongsi dengan rakan-rakan semua tentang persolan yang mungkin pernah kita hadapi sendiri ataupun rakan-rakan kita. "Kenapa wedding photographer mahal?". Ada antara kita mungkin senang dan slamber je jawab soalan tu dan mungkin juga ada yang terdiam seketika sambil menyusun kata nak cari jawapan. Apapun jawapannya, ia adalah berdasarkan pengalaman dan pemerhatian saya dan rakan-rakan semata-mata. Ia mungkin berbeza bagi setiap photographer. Ia juga mungkin apply pada sesetengah photographer dan tidak pada yang lain :) jadi kenapa ye harga wedding photographer agak mahal?
- KOS TETAP : Perkara paling asas ialah kos untuk membeli peralatan kamera. Kalau photographer tu serius dalam kerjanya dia akan beli peralatan kamera dan lens yang berkualiti. Walaupun ramai yang cakap “Alaa kamera tak penting, tapi orang belakang kamera lebih penting“, kenyataan tu sebenarnya sesuai kepada beginner atau hobbyist. Peralatan photographer kebanyakkannya dalam lingkungan RM15,000 hingga RM50,000. Itu belum kos beli komputer high-end, back-up storage, drybox, beg, kos selenggara dan sebagainya.
- KOS MASA BEKERJA : Bagi saya ni merupakan perkara paling penting. Kalau majlis sanding hingga sesi outdoor ia meliputi 7-8 jam bekerja. Itu tak termasuk tambahan shoot majlis nikah dan malam berinai (tambah lagi 8 jam). Kalau photographer part time biasanya mereka hanya ada masa sebelah malam untuk buat editing. Mereka perlu pilih beribu2 keping gambar, edit serta rekabentuk album sendirian. Kadangkala kerja dari 9 malam – 12 malam hanya mampu buat 2 atau 3 page custom album. Kalau 20 page? Esoknya kena bangun awal untuk kerja seperti biasa. Hujung minggu pula tak boleh buat editing sebab ada tugasan lain pula. Cuba bayangkan dengan mengorbankan masa hujung minggu dan waktu malam bersama anak dan keluarga serta masa rehat untuk diri sendiri, berapa pula harga anda?
- KOS ALBUM : Sebenarnya kos album ni meliputi kos perjalanan dan masa untuk menghantar serta mengambil album, re-printing kalau kualiti tak memuaskan dan harga album tu sendiri. Harga album biasa ada yang bermula dari RM300 hingga album professional yang boleh mencecah RM1500 untuk satu album. Tanpa sedar ia juga melibatkan masa bekerja seseorang photographer.
- KOS PROFESSIONAL: Kos ni merupakan sesuatu yang subjektif tapi ia sangat penting. Kemahiran photographer berbeza dari segi kreativiti, kemahiran editing, pengalaman PR dan lain-lain. Bila anda bayar photographer secara tak sedar anda membayar untuk semua kemahiran yang ada padanya yang diperolehi bertahun-tahun melalui proses pembelajaran yang panjang. Anda membayar untuk ‘skill’ mereka menghasilkan gambar bukan harga album yang menjadi ukuran semata-mata. Sebagai perbandingan kalau saya nyanyi lagu Siti Nurhaliza orang nak bayar RM5 pun susah, tapi kalau Siti nyanyi mungkin boleh bayar RM5000 padahal lagu yang sama, haha. Mengapa? Kenapa kita mengupah tukang kayu nak renovate rumah kita sedangkan kita juga ada semua peralatan yang dia miliki. Boleh tak kita cakap alaaa peralatan buat semua ni murah je napa nak cas mahal2? Sebab apa?
Kesimpulannya, ia bukan sekadar harga album. Banyak lagi faktor lain yang menyumbang kepada kos sebenar wedding photography. Kerja photographer yang lebih sukar baru bermula selepas selesai sesuatu majlis. Bagi photographer full-time pula, mereka terpaksa bayar kos overhead seperti sewa kedai, bil utiliti, gaji pekerja, kenderaan, tax dan sebagainya. Dari mana mereka dapat duit untuk bayar semua tu? Saya harap dapat beri sedikit gambaran tentang kos yang terlibat oleh seorang photographer wedding ni. Wallahua’lam.
Gambar2 kat bawah ni adalah gambar suka-suka amik ketika melawat member sekerja akad nikah. Kalau paid wedding job, memang tak boleh bawak si kecik Haidar Mukhlis tu...hehehehe....tak jadi kerja nanti....:)
No comments:
Post a Comment