Wednesday, March 13, 2013

2013 Charity Portraitist Shoot

Salam semua...

Kali ni saya nak update tentang Charity Shoot yang dianjurkan oleh rakan saya, Ezza dan Rose Malia di Padang Kota Lama, Pulau Pinang pada 9 Mac 2013 yang lalu. Seperti biasa, hujung minggu saya adalah bersama dengan hero kesayangan saya, Haidar Mukhlis.

Pada hari itu, kami tiba agak lewat, sekitar jam 12 tengahari so takdelah gambar kami dua beranak bila shoot beramai-ramai. Tapi takpelah, dapat jugak berjumpa dan berkumpul ramai-ramai dengan photographer2 yang lain. Ramai jugak yang datang, hampir 100 manakala talent muslimah pula rasanya 15 orang.

Sumbangan didermakan kepada Yayansan Anak Yatim Pulau Pinang dan kepada 5 photographer yang diadili sebagai gambar terbaik akan dapat hadiah. Pemenang akan ditentukan oleh saudara Eddie Putera. Kenal tak saper tu? Beliau memang seorang photog yang hebat malah seorang moderator di Photomalaysia.com.

Saya dan anak sat je kat situ, lebih kurang 2 jam. Sempatla snap main-main dalam 30 keping. Yela, si kecik tu berlari sana-sini so kenalah ligan....hehehehe.....Apapun, layan dulu sikit gambar yang saya sempat snap semasa di sana.








 Sebelum sampai Padang Kota Lama, tersesat kat Taman Botani...huhuhuhu







Tips Memilih Wedding Photographer Part 2


Sekali lagi, ini semua berdasarkan pandangan sahaja. Walaupun mungkin banyak kategori dan sub-kategori nak klasifikasikan tapi aku cuba jelaskan dalam lingkungan pengetahuan aku supaya korang dapat sedikit gambaran.
  1. Klasik – Sebenarnya berdasarkan pemerhatian aku tak ramai photographer wedding kat sini yang guna style ni. Biasanya angle mereka simple, pose mereka neutral dan romantik. Ada unsur ‘elegan’dalam gambar. Tak ada ketawa berdekah2 dan gaya luar biasa. Editing mereka minimum. Mereka tak tekankan sangat persekitaran tetapi memang pandai berikan emosi dalam gambar. Banyak photographer luar negara guna style ni. Aku memang minat gila style ni sebab dekat kat hati aku :) Insyaallah aku memang ke arah itu.
  2. Photojournalism – Asalnya kategori ini tidak berkaitan dengan wedding. Tetapi ia semakin diterima bila telah meluas digunakan di seluruh dunia. Malah ada beberapa photographer Malaysia yang mendapat pengiktirafan WPJA antarabangsa. Mereka hampir tidak langsung mengarahkan pengantin untuk pose. Kebanyakkan gambarnya adalah candid dengan cerita di sebalik gambar tersebut.
  3. Photografik – Photographer genre ni memang menekankan editing dalam gambar mereka. Hampir semua gambar mereka akan edit mengikut pelbagai jenis editing yang ada. Bagi mereka yang pro biasanya gambar tersebut akan berikan impak yang lebih kuat. Tetapi boleh juga menjadi nightmare bagi yang kurang ilmu tentang perkara ini. Oleh kerana aku jenis suka warna neutral, aku tak masuk sangat dalam line ni. Aku pun tak suka kalau kaler baju aku jadi lain dari warna sebenar bila dalam gambar. Tapi semua itu personal preferences lah :)
  4. Mix – Photographer genre ni pula jenis campur2 :) Ambil sini sikit, sana sikit dan gabungkan. Ada yang suka guna lighting semasa outdoor dan ada yang tidak. Ada shoot yang ceria ada shoot yang skema. Aku rasa ramai yang masuk dalam kategori ini termasuklah aku, hehe. Sebab tu susah nak kategorikan mereka. Tetapi kalau selalu lihat gambar yang dihasilkan, tanpa disedari sebenarnya mereka juga mempunyai identiti sendiri.

Kesimpulannya cuba tanya diri sendiri suka konsep camne dalam wedding korang nanti. Baru cari photographer dalam genre tersebut. Lebih mudah kalau kita dah tahu style dan genres yang kita suka. Sebagai rules of thumb pilih yang paling dekat di hati kita dan yang penting dalam lingkungan budget kita. Perlu diingat sekali lagi photographer mempunyai teknik shoot, kemahiran editing, kreativiti, specialty serta equipment yang berbeza.
Namun sebagai orang yang bertamadun, kita kena belajar hormati hasil kerja orang lain walaupun ia tidak berkenan di hati kita. Sama seperti kita hormati pemilihan warna tema dan baju sahabat kita yang berkahwin :) Sebab tanpa sedar mungkin ramai juga yang tak suka pilihan kita walaupun kita rasa ia yang paling terbaik. Kerana cantik itu merupakan sesuatu yang subjektif. Wallahua’lam.

 Ni gambar lama, spring endoi Haidar Mukhlis masa dia masih tidur dalam endoi...:)
 Yang ni pulak bebe kecik Haidar Mukhlis...:)
Masa ni Haidar Mukhlis ada dalam perut ibunya lagi...wat teknik Naruto kat Taman Jubli....:)

Nukilan di atas dipinjam daripada sahabat, Acaii Jawe di website beliau, http://www.faisalrahim.com/blog/2010/06/tips-pilih-wedding-photographer-part-2/

Yusfeeny Photography
No H/P: 012-5941631 dan 014-2488301
Email: yusfeeny@gmail.com
Facebook: Yus Fairoz

"Let us snap your sweetest moment"

Tuesday, March 5, 2013

Kalau Dah Jodoh

Salam,

Semalam ada rancangan "Kalau Dah Jodoh", iaitu  sebuah rancangan ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Kazim Elias. Ustaz membicarakan tentang alam perkahwinan, manfaat dan keberkatan yang akan diterima bila seseorang bernikah.

Salah satu tips kesejahteraan dan kebahagiaan rumahtangga yang diberikan oleh ustaz ialah sentiasa membayangkan pernikahan itu adalah hari pertama pernikahan walaupun dah 30 tahun berkahwin. Bayangkan kemanisan dan kegembiraan waktu hari pertama di akad nikahkan. Dengan cara itu barulah akan lebih menghargai suami/ isteri kita.

Wallahualam.



Tips: Nak Album atau tak?

Bismillah....

Antara persoalan yang biasa didengar dari bakal pengantin ialah sama ada mahu buat album dari photographer atupun buat album sendiri. Tujuannya, untuk menjimatkan belanja :) Dalam perkembangan sekarang ni, bakal pengantin ada pilihan untuk membuat sendiri album mereka kerana terdapat syarikat printing yang menawarkan khidmat membuat album kepada orang ramai. Menarik kan?

Dalam ruangan tips kali ni, akan dikupas tentang perkara ini secara ringkas :) Sekurangnya2 mereka mengambil kira pandangan ini sebelum membuat keputusan. Sebelum tu lihat kat bawah ni contoh perbezaan sebelum dan selepas proses editing dilakukan oleh photographer. Cuba lihat perbezaan dari segimood, clean dan perbaiki exposure baju dan wajah pengantin.





Jadi apa rasionalnya pengantin perlu membuat album dengan photographer berbanding hire mereka untukshoot gambar kemudian print album tersebut sendiri? Ini sedikit pandangan mengapa perkara tersebut sebenarnya bukan keputusan terbaik untuk mereka :
  1. Hampir 95% wedding photographer edit gambar mereka sebelum dimasukkan ke dalam website/blog mahupun facebook mereka. Editing mereka berbeza mengikut style yang dibawa. Kalau korang suka gambar-gambar mereka sebenarnya tanpa sedar korang juga menyukai cara mereka proses gambar tersebut. Korang takkan dapat gambar yang sama kalau cuma hire mereka untuk shoot sahaja.

  2. Pada zaman sekarang, hampir 40% kemahiran photographer melibatkan kemahiran post processing(editing). Peratusan tersebut mungkin lebih dan kurang mengikut style masing-masing. Kalau korang cuma minta dia shoot gambar sahaja maksudnya korang hanya guna separuh dari kemahiran mereka. Rugi sebab kita tak guna sepenuhnya skill mereka walaupun telah membayar mereka.

  3. Ada sesetengah photographer yang sengaja shoot overexposed (terlalu cerah) atau underexpose(gelap) untuk tujuan kreatif semasa proses editing. Ada sebab mereka buat begitu. Kalau gambar tersebut dalam bentuk original, 90% customer mungkin delete sahaja gambar tersebut kerana tidak boleh pakai.

  4. Ada sesetengah gambar original, muka pengantin berwarna terlalu kuning, merah, biru, hijau dsb sebab keadaan sekeliling. Photographer yang baik biasanya boleh minimumkan kesan tersebut ketikashoot dan neutralkan gambar tersebut melalui editing. Kebanyakkan pengantin tidak perasan perkara ini dalam album. Kalau print sendiri, mungkin muka mereka masih bewarna merah. Itu ok lagi, kalau warna hijau?

  5. Seperti kemahiran mengambil gambar, kemahiran editing juga seiring dengan pengalamanphotographer. Ramai yang terkejut bila gambar mereka cantik, kulit mereka bersih, halus dan berbeza ketika dalam album. Bila tengok gambar original baru mereka dapat nilai kerja sebenar yang dilakukan oleh photographer tersebut. Cubalah buat sendiri :)

  6. Gambar ni sama macam memasak. Kalau sebelum edit tu ia umpama bahan-bahan mentah. Ada yang boleh makan terus tapi rasanya tak sedap. Tetapi selepas dicampurkan dengan bahan-bahan lain seperti perencah, gula dan garam maka sempurnalah sesuatu masakan tersebut. Begitu juga sifat sesuatu gambar selepas menjalani proses post-processing.

Harap-harapnya dapat sampaikan maksud dalam entry ni dengan jelas. Mungkin korang boleh dapat satu album dengan harga yang lebih murah. Tapi kalaulah boleh bezakan kualiti gambar dalam album tersebut tanpa editing dengan album yang dibuat oleh photographer mesti korang rasa kurang berbaloi berbuat demikian. Apapun ni hanyalah sebagai panduan, kalau tak ikutpun tiada menjadi kesalahan :) Wallahua’lam.



Nukilan di atas dipinjam daripada sahabat, Acaii Jawe di website beliau, http://www.faisalrahim.com/blog/2010/10/nak-album-ke-tak/


Yusfeeny Photography
No H/P: 012-5941631 dan 014-2488301
Email: yusfeeny@gmail.com
Facebook: Yus Fairoz

"Let us snap your sweetest moment"