Tuesday, February 26, 2013

Tips Memilih Wedding Photographer Part 1

















Saya harap tips ni membantu serba sedikit kepada pasangan yang mencari photographer kahwin mereka.
  1. Konsep – Mula-mula sekali, duduk bincang dengan tunang. Cuba cari photographer yang sesuai dengan konsep wedding korang. Sebab setiap photographer mempunyai style berbeza. Photojournalism ke, formal ke, klasik ke dsb. Takkan korang nak suruh photographer yang karekternya cool/alim2 tapi korang nak buat beach wedding pakai bikini loncat2 atau buat wedding dalam air? Mau demam seminggu photographer tu.

  2. Recommendation – Oleh kerana majlis perkahwinan ni merupakan pengalaman paling berharga dalam hidup, seharusnya kita kena percaya hasil kerja orang yang terlibat dalam majlis kita. Jadi, adalah lebih baik kalau photographer yang dipilih tu daripada recommendation dari kawan2 atau saudara mara yang pernah bekerja dengan mereka. Jadi kita boleh agak camne nanti kalau dia jadi photographer kita. Kita juga boleh nilai sendiri hasil kerja sebenar mereka. Bukan setakat tengok sample album photographer yang biasanya hanya compile gambar2 terbaik mereka yang kekadang ada yang amik gambar orang lain punya (kisah benar):P

  3. Budget – Wedding photographer ni bukan dinilai dengan harga album. Tapi dinilai dengan kemahiran ataupun pengalaman mereka. Sebab tu kalau nak pilih wedding photographer pastikan mereka dalam budget korang. Kalau tengok harganya lebih mahal, cuba tengok berbaloi ke tak pilih dengan perbezaan harga tersebut. Part-time photographer harganya lebih murah tapi ada risiko macam2.Full-time photographer biasanya harga lebih tinggi tapi mereka professional dalam kerja mereka. Masing2 ada kelebihan dan kekurangan. Yang penting pastikan mereka ada kamera sendiri, bukan kamera pinjam sedara atau girlfriend dia punya :)

  4. Personaliti – Benda ni bagi aku sangat penting. Takkan korang nak kerja dengan photographer muka macam Hitler yang masam dan garang mcm nak gigit orang. Pastu pendiam dan tak mesra alam. Sebaiknya kenal dan berjumpa bertentang mata (tapi jangan terpikat-bahaya. Tapi ramai photographer hensem dah kahwin, haha). Sebenarnya kita boleh tahu dia tu sesuai bekerja dengan kita atau tak. Ia dipanggil ‘ada chemistry‘.

  5. Deposit & Payment – Tang ni memang kena jelas sejelasnya. Kalau boleh tanya byk2 kat photographer korang. Camne dengan deposit kalau cancel majlis? Kalau majlis lebih sejam cas tak? bila kena bayar? malam ni nak masak apa? dsb. Jangan ambil mudah. Ia bagi mengelakkan kita di cas lebih sebab kita pandang ringan hal ini. Pastu melenting dan buat page ‘Hate Fan‘ kat Facebook:)

  6. Tempahan – Photographer yang bagus biasanya sibuk. Jadualnya sentiasa penuh dan ada sebab mereka begitu. Kalau mampu nak bayar (dalam budget) cepat2 tempah. Tapi janganlah 2-3 tahun lagi nak kahwin dah tempah. Entah2 photographer tu dah arwah. Sebab sehari bertangguh ada kemungkinan tarikh tu diambil orang lain. Lagipun bukan korang berdua je nak kahwin, orang lainpun nak kahwin gak :)

  7. Lain-lain – Perkara lain ni kekadang perlu diambil kira. Antaranya adakah photographer tu ada pembantu semasa majlis, ada tak back-up equipment, camne dia pakai masa majlis nanti (korang boleh lempang dia kalau datang pakai seluar pendek time shoot nikah) dan perkara2 lain yang berkaitan. Apa yang penting photographer tu mmg wujud dan bukanlah photographer penipu yang semakin banyak kat pasaran sekarang.
Kesimpulannya senaraikan beberapa photographer pilihan. Jumpa mereka dan lihat hasil kerja mereka. Kenal karekter mereka. Survey harga mereka dan pekej yang ditawarkan. Seeloknya pertanyaan tu disertakan dengan tarikh, lokasi, jenis album dll. Ini bertujuan nak jaga market dan pastikan hanya orang yang benar2 nak kahwin yang tanya. Bukan kanak2 bawah umur (boleh kena penjara ni) ataupun pesaing2 yang ada niat tak baik dengan mereka :) Ia juga bertujuan supaya mereka masih available pada tarikh yang ditanya tersebut.

Perlu diingat photographer juga manusia. Bukan robot, mereka juga ada perasaan. Ada masanya buat kesilapan. Itulah perlunya berbincang supaya benda camtu dapat diminimumkan pada hari bersejarah korang semua. Akhir sekali, tepuk dada, tanya pada diri sendiri sakit ke tak? hahahaha *takde kaitan, Sekian.

Nukilan di atas dipinjam daripada sahabat, Acaii Jawe di website beliau, http://www.faisalrahim.com/blog/2010/01/tips-pilih-wedding-photographer/


Yusfeeny Photography
No H/P: 012-5941631 
Email: yusfeeny@gmail.com
Facebook: Yus Fairoz

"Let us snap your sweetest moment"

Thursday, February 21, 2013

Tag Along Photography : Pros & Cons


Salam semua,

Tentu ramai di kalangan kita pernah "Tag Along" bersama2 photographer lain. Kebiasaan yang bertag along ni adalah dikatakan newbie. Dengan cara "tag along", ia dilihat sebagai salah satu cara yang cepat untuk menambah kemahiran berfotografi. Jom kita tengok "Pros" dan "Cons" tag along ni yang saya "compile" daripada forum yang saya buka di Fotomedia suatu masa dahulu.

PRO
1. Dapat belajar daripada orang yang kita ikut tu ttg teknik2 photography.
2. Dapat belajar secara langsung dengan OP.
3. Dapat pengalaman free. Ni yang paling berharga. Pengalaman tag along tak sama dengan pergi kursus berbayar.
4. Boleh buat portfolio.
5. Time ni blh buat experimen or praktikal berdasarkan apa yg kita belajar.kalo silap ke apa diorang tak marah kita (busuk2 pn OP je yg marah, bukan pengantin).
6. Dapat mkn kenduri free... siap dpt bunga telur dgn special goodies lagi.
7. Dapat jalan pergi merata² tmpt, makan free.
8. It is a chance utk dpt 'project' bru yg lain akan dtg.
9. Dapat banyak contact..being friends, kenalkan pd kwn² lain.
10.Realtime on occasion punya learning.


CONS
1. Buat kerja free...sebab ikut atas kerelaan hati.
2. Tak dapat duit.kalo OP baik hati mungkin dia bg singgit dua.
3. Dapat penat free..tp biasa la adat belajar.










Gambar2 kat atas ni adalah gambar yang diambil masa saya tag along dengan Nasrizal Nasri dan Zack pada tahun 2012. 

Wednesday, February 20, 2013

Wedding # 16: Rahida & Alif


Bismillahirrahmanirrahim…

Ketika dalam perjalanan ke tempat kerja, kebiasaannya saya akan mendengar Radio Era yang ada rancangan Johara setiap pagi tu. Dengar pada celoteh diorang boleh wat kita ketawa sorang2 dalam kereta tu. Memang penyampai radio yang hebat diorang tu.

Tapi, bukan saya nak sembang pasal kerja diorang sebagai penyampai radio tapi terma perkataan yang digunakan dalam radio bagi memperkenalkan artis sebagai contoh “dengarkan lagu yang akan disampaikan oleh artis pujaan anda….”. Perasan tak tang mana yang tak kena dalam ayat tu? Perkataan “pujaan” tu. Saya rasa dah tak sesuai guna perkataan tu untuk gambarkan manusia. Sebagai Islam kita tak boleh puja manusia. Banyak lagi perkataan lain yang lebih sesuai.

Ok, stop pasal perkataan “pujaan” tu. Sekarang saya nak update majlis pernikahan yang berlangsung pada 10 & 11 Februari baru2 ini. Pasangan ini direkomenkan oleh Kak Zu. Thanks Kak Zu…

Majlis ni mengadakan paluan kompang oleh sekumpulan pelajar sekolah rendah…yang kecik dan comel.

Akhir kata, terima kasih kepada pasangan pengantin, Ida & Alif atas kerjasama dan kepercayaan yang diberikan. Semoga rumahtangga kalian kekal hingga ke akhir hayat…

























Yusfeeny Photography
No H/P: 012-5941631 
Email: yusfeeny@gmail.com
Facebook: Yus Fairoz

"Let us snap your sweetest moment"



Wedding # 15: Nor Hayati & Maswadi


Salam semua…

Masuk tahun ni, dah hampir 3 tahun saya menceburkan diri dalam wedding photography ni. Walaupun tak cecah berpuluh2 pengantin lagi tapi banyak pengalaman, ilmu dan rakan2 yang telah saya temui dan dapati dalam tempoh itu. Banyak dugaan dan pengorbanan yang terpaksa dilalui demi mengabadikan kenangan manis pengantin ke dalam album yang akan disimpan selamanya.

Kali ni saya nak updatemajlis akad nikah pasangan Hayati dan Maswadi. Mereka memilih tarikh yang amat istimewa sempena akad nikah iaitu 121212 atau 12 Dis 2012. Akad nikah yang diadakan di Masjid Seberang Jaya pada hari tersebut dihadiri oleh 4 pasangan pengantin serentak.

Terdapat dua juru kadi yang akan menikahkan kesemua pasangan tersebut manakala khutbah disempurnakan oleh seorang ustaz. Memang meriah dan ramai orang dalam masjid pada ketika itu.

Pada majlis resepsi pula, kali kedua saya shoot di Cinta Sayang Golf & Resort. Pertama kali dulu tag along je. Msa majlis resepsi ni juga saya dibantu oleh Che Deen.

Jom kita layan dulu sedikit sebanyak gambar pasangan pengantin ini.































Yusfeeny Photography
No H/P: 012-5941631 
Email: yusfeeny@gmail.com
Facebook: Yus Fairoz

"Let us snap your sweetest moment"