Thursday, April 21, 2011

Kenapa perlu Wedding Photographer?

Salam...


Masih ada rakan2 kita di luar sana (yang belum dan akan berkahwin) mengeluh tentang harga yang akan dibayar untuk wedding nanti. Rata-ratanya mengatakan harga yang diletakkan terlalu tinggi, tak masuk akal dan tak berbaloi. Kenapa kena bayar ribuan ringgit? Kenapa tak RM200 je untuk indoor dan outdoor? Hello...ingat RM200 tu cukup ke nak bayar untuk cuci gambar, beli album, beli frame, bayar kos petrol ulang alik dsb....Oleh itu, saya adaptasi/cedok rasional2 di bawah ni daripada rakan saya, Acaii Jawe tentang kenapa perlu ambil wedding photographer untuk majlis anda nanti:-
  1. Kalau tengok budget untuk kahwin secara kasar; catering RM20,000 , baju kahwin+mak andam+pelamin RM2,000 – RM5,000, brg hantaran RM3,000goodies RM2,000 dll. Semua benda tu kalau korang perasan takde satupun yang kekal sampai seminggupun. Hanya gambar/videokahwinlah satu-satunya memori yang boleh ditatap sampai berpuluh tahun. Tetapi investment untuk itu selalu berada dalam list2 akhir dan dipandang remeh kebanyakkan pasangan.
  2. Aku pernah jumpa orang yang beli kek kahwin sampai harga RM500 bertingkat2, sewa gaun cantik gila dengan harga beribu2. Tapi bila tanya dia, photographer rasmi(OP) majlis tu pakcik dia yang sponsor. Dia tak bayar satu senpun sambil tersenyum bangga. Sekali tengok hasil sangat menyedihkan sampai dia pun menangis depan OP tu. Pastu dia tak pernah tunjuk album tu kat sesapa lagi. Salah siapa?
  3. Perkahwinan ni banyak moment2 yang ceria. Sesuatu yang sangat indah untuk dikenang pada masa hadapan. Kalau pilih photographer yang baik, biasanya detik2 penting seperti itu dapat dirakam dengan baik. Hasil kerja dan bayaran setiap phographer ni berbeza mengikut kemahiran mereka. Sebab tu ada orang2 kaya sanggup bayar sampai puluhan ribu untuk servis photography hanya untuk dapatkan gambar yang berkualiti. Kenapa dia tak hire orang yang tawarkan pakej RM500 je. Kan lebih murah dan menjimatkan?
  4. 20 tahun lepas; pakej mak andam+pelamin cuma RM300 sekarang dah cecah RM2,000. belanja kahwin dulu RM500 sekarang dan lebih RM8,000, harga emas dulu RM20-RM30 je sekarang dah RM120 satu gram, 50 gram?. Untuk khidmat jurugambar plak dulu RM300, tu pun jurugambar cina yang datang rumah bawak lampu besar gedabak dan amik gambar atas pelamin je. Sekarang dengan macam2 event (nikah+berinai+bersanding) sampai 2-3 hari siap outdoor lagi takkan cuma budgetRM500 je?? Makin teruk dari zaman dulu nampaknya,huhu





Kesimpulannya, gambar kahwin ni juga adalah satu pelaburan. Baju pengantin yang lawa, makeup yang cantik serta persiapan majlis yang gempak pun tak memadai kalau takde siapa yang merakamkan detik2 penting tu. Sebab makin lama kenangan tu akan pudar ditelan masa.


Pernah bayangkan tak satu hari nanti, bila dah tua duduk kat kerusi malas. Anak-anak semua dah besar dan tinggal berdua ngan isteri, antara perkara berharga yang boleh dikenang bersama ialah mengimbas kenangan masa kahwin dulu sambil melihat album kahwin bersama-sama.


Masih boleh tergelak dengan peristiwa berpuluh2 tahun dulu ketika muda remaja. Ketika kulit masih licin, gigi masih ada, badan masih kuat dan masih kurus,hehe. Anak2 dan cucupun boleh mengusik kita dari gambar2 tu. Benda camtu adalah ‘precious moment’ yang takkan dapat diulang semula. Benda tu hanya boleh diperolehi dengan pelaburan sekali je seumur hidup yang masih ramai tak ambil peduli :)

Ilusi Optik dan Imaginasi Photographer

Salam...

Ilusi optik?...apa kebenda nya tu?...halusinasi ke?...mabuk ke?..pening ke? ataupun satu keadaan separa sedar?...ntahlah, saya pun tak tahu macam mana nak terangkan maksud sebenar ilusi optik ni dan kaitan nya dengan fotografi. Tapi saya mungkin dapat terangkan sedikit tentang imaginasi photographer.

Dalam fotografi, setiap photographer akan menggunakan imaginasi mereka dulu dalam mendapatkan sudut menarik ketika shooting...ada sesetengah tu yang dah "sketch" dalam kepala mereka ketika dalam perjalanan ke tempat shooting lagi..camaner gambar yang diorang nak shoot, subject positioning, tekstur dan sebagainya...kiranya diorang ni dah buat persediaan awal2 lagi....sebab tu lah kita tgk ada photographer kawin yang tak henti2 shoot dan ada juga photographer yang sesekali je shoot...selebihnya dia/ mereka lebih banyak duduk dan usya je (usya ada makna tu...cari komposisi tu)....

Berbalik pada ilusi otik tadi, cuba anda tengok 2 imej kat bawah ni dan renungkan kat tengah2 imej...apa yang berubah?...itulah ilusi optik....:)

Renung titik merah tu dan anda akan sedar yang jalur kelabu tu makin lama makin hilang.....


Renung kat tengah2 grid ni....perasan tak apa yang berubah?....barisan2 tepi macam dah semakin ok kan?...

Monday, April 18, 2011

Adobe Photoshop vs Adobe Lightroom



 Salam...

Software apa yang anda guna untuk edit gambar? Photoshop atau Lightroom? atau just guna simple software macam Paint? atau guna online software? walau apa jenis sekalipun software yg digunakan untuk melakukan post processing atau touch up gambar, pastikan kita benar 2 arif tentang penggunaan software tersebut. kalau tak 100%, 50% pun jadilah.

Di kalangan photographer, Adobe Photoshop menjadi pilihan sebab software ni dh agak lama berada di pasaran. Saya sendiri menggunkan photoshop CS3 untuk edit gambar. Tutorial dan tips untuk photoshop juga berlambak2 dalam internet...cari je kat google....

Namun berbeza dgn Adobe Lightroom...tak ramai yg guna software ni....saya sendiri pun tak biasa dgn software ni...lalu saya mencuba...nk tgk apa yg best sbb ada yg kata software ni lagi best dan senang berbanding photoshop....

Lalu saya pun study sendiri software ni dan bereksperimentasi dgnnya...


Apa yang boleh saya katakan, kedua2 software ni ada kelebihan tersendiri...rakan2 photographer saya mengatakan yang mereka menggunakan Lightoom untuk touchup gambar (brightness, contrast, saturation dsb) manakala photoshop digunakan untuk create effect pada gambar tu....bagi saya pulak, walaupun agak pening pada mulanya masa nk guna lightroom (even nk buka fail pun terkebil2), tapi software ni mmg akan beri byk advantage terutamanya dari segi masa edit sbb gambar dapat diakses dan diedit secara serentak tanpa mencari butang "open file"...

Apapun, saya masih dalam proses pembelajaran Adobe Lightroom ni...biasalah kalau dah belajar sendiri, mmg merangkak la...hehehe...tak rugi mencuba dan belajar benda baru..betul tak?...

Wedding #7: Hafiz & pasangannya, Fizah & pasangannya

Salam...

Wah...lamanya tak berblog...dah hampir sebulan...bukan sebab takde idea tp sebab kesuntukan masa...hehehe..alasan...maklumlah baru pindah rumah...banyak benda nak kena buat lately...tambahan pulak, sekarang ni tgh standby utk diaudit so, phm2lah bila nk kena audit, mmg stayback kt ofisla jwbnya....

Anyhow, byk perkara yg ingin dikongsi tp sy akan kongsi sikit2..sbb kalau nk kongsi semua, tak buat kerja lain la jwbnya...kekekeke....

Ok, pada 3 April 2011 yang lalu, 2 orang sepupu isteri saya telah melangsungkan perkahwinan di kediaman mereka di Bagan Ajam, lebih kurang 10 meter dari Pantai Bersih...dekat sangat dgn pantai...tapi saya tak jadi OP mereka...huhuhu....jadi jemputan je...best jugak sebab dapat tgk gelagat photographer yg dtg shoot majlis diorang tu...jom layan gambar2 candid dan tak candid yg sempat sy shoot pd hari tu...semua gambar kat bawah ni tak melalui post processing, fresh from camera....


























Kepada Fizah dan Hafiz, kami berdoa semoga perkahwinan u all berdua akan bahagia hingga ke akhir hayat...Thanx sbb bagi kitorang posing kat pelamin...kekekeke