Monday, March 21, 2011

Wedding #6: Pian & Zeera

Bismillahirrahmanirrahim...


Ketika saya melayan Raja Lawak musim ke 5 akhir di kaca tv, saya mendapat satu mesej dari customer saya dulu, Zeera...gambar kahwinnya kat SINI....dalam mesej tu, beliau bertanya sama ada keesokan harinya saya free atau tak...dan kebetulan mmg saya free...takde program...rupa-rupanya beliau nak saya amik gambar kahwinnya sekali lagi tp kali ni sebelah lelaki pulak....itulah rezeki hujung minggu namanya....jadi, tanpa berlengah lagi, saya melakukan persediaan-persediaan seperti di bawah ini:


1. Cas bateri kamera....yang ni penting sgt2...basic sgt2....kalau bateri habis...mmg biru la muka....lagi la kalau tak bawak charger....


2. Cas bateri flash...kalau guna rechargeable bateri, mmg kena cas...kalau tak, semua gambar jd gelap...


3. Clearkan memory card...buka laptop, cucuk memory card, pastu kosongkan....sebab ada gambar yang saya shoot guna format RAW...kapasiti besar...


4. Cuci lens...kena pastikan takde habuk, kesan cap jari dan sebagainya...


5. Study gambar2 dan cara posing....supaya esok tak mati idea...kekekeke


6. Standby tripod dan reflector...kalau nak buat efek "Naruto", mmg kena guna tripod...reflector pun saya suka juga guna...letak kat depan pintu rumah siap2...nanti tak terlupa....


7. Beli bateri spare kat 7 Eleven....untuk diguna bersama speedlite..dan juga sebagai backup rechargeable bateri tadi....


8. Test kamera dan flash bila bateri habis cas...kalau problem, sempat lagi nak roger kengkawan....hehehehe

Memandangkan perjalanan dari rumah ke tempat kahwin mengambil masa 1 jam, persediaan kat atas ni adalah WAJIB....bagi sayalah...sebab saya takde backup plan atau pun backup photographer...hehehe...siapalah nak ikut tag along dgn newbie cam saya ni....so, kenalah buat persediaan awal supaya majlis berjalan dgn lancar....dan alhamdulillah, walaupun saya tidur pada pukul 3.45pagi kerana persediaan di atas, hasilnya berbaloi,,,:)

Jom layan sikit gambar2 kenduri tersebut yang telah saya edit dgn agak ekstrim...nak cari kelainan sikit kali ni...












Terima kasih kepada Pian dan Zeera kerana sekali lagi memberi kepercayaan kepada saya untuk mengambil gambar perkahwinan mereka...semoga rumahtangga mereka kekal selamanya...

Nota kaki: Al-Fatihah untuk arwah bapa Pian yang telah pulang ke rahmatullah pada 25 Februari 2011 yang lepas.

Wassalam.


Wedding #5: Hazrin & Yusmalina

Bismillah...


Ada orang tanya saya tips untuk mengambil gambar wedding. Mulanya saya terkelu jugak nak jawab sebab saya ni masih newbie....kekekeke....Apa pun, saya cubalah jawab berdasarkan pemerhatian terhadap photographer2 yang lebih berpengalaman bekerja, pengalaman sendiri semasa menjalankan tugas dan melalui blog rakan saya, Acaii JaweSo, saya sharela tips yang berguna dengan beliau. Tapi oleh sebab saya malas nak fikir dan telah jumpa tips yang best dari Acaii Jawe melalui sifunya Sifo Adiman aka Karimpeng hensem, maka saya copy paste apa yang dia tulis kat blog dia,keke. Semua kredit adalah untuk beliau :)

Berikut adalah tips untuk newbie (yang dah terer tak payah baca,haha)...saya dah edit sikit untuk kesesuaian pembaca Utara...hehehe :
  1. Pengantin berisi – Sila ambil lebih banyak gambar sisi dari gambar depan-depan yang secara terang-terangan menunjukkan tahap kelebaran pengantin tersebut. Jaga-jaga bahagian peha, lengan, double chin (jangan suruh dia tunduk sangat) atau boleh juga ambil dari sudut sukar, contohnya dari atas.
  2. Pengantin tinggi melangit – Jangan ambil banyak low angle nanti pengantin nampak macam tiang TNB (dulu LLN)
  3. Pengantin rendang (Jangan sebut pendek. Itu kurang hajor. Haha) – Elak ambil gambar pengantin bersama orang lain. Lebih sesuai jika beliau hanya berlatar belakang pokok kedondong yang sudah kene tut. Baru nampak tinggi.
  4. Pengantin gigi berterabur tapi suka sangat senyum – Hangpa suruh la dia buat gelak comel sambil tangan tutup mulut ke, buat muka tahan kentut ke. Takde la sentiasa sengih nampak gigi.
  5. Pengantin mulut busuk – sapa soh hang hidu. Keje hang amik gambar je. Tak malu. hahaha...
  6. Pengantin muka takleh blah mcm gangster suka tetak orang tanpa beri salam dulu – Yang ni hang kene belaja banyak buat lawak dan jangan lak buat muke tensen. Tahu la penat, cuba buat-buat muka comel mcm beruk mat yeh supaya pengantin leh gelak. Gangster pon ade sense of humor dowh. Paling susah hang geletek teruih. Lepas tu kene tetak dengan pisau kek. Haha.
  7. Jerawat pengantin takleh blah – Takde masalah. Belaja photoshop.
  8. Pengantin tak nak senyum (Gelak pon still tak senyum) – Ini bukan manusia. Alien ni.
  9. Pengantin lelaki marah hang sebab usha bini baru dia – Sapa suruh hang usha. Jangan la usha, bodow. Haha.
  10. Pengantin gelap macam time gerhana matahari dan baju pulak berwarna bling-bling tak masuk akal. – PASRAH SAJALAH. HAHAHAHA.
Kesimpulannya, kerja ambil gambar ni bukan kerja mudah, tanggungjawab besar. Moment yang terlepas takkan dapat diulang lagi. Kemahiran mengendalikan kamera juga sangat penting. Kamera mahal belum tentu dapat capture moment yang best. Boleh jadi ia hanya kamera ofis yang dipinjamnya,hahaha. Bak kata Adiman, takkan nak suruh kahwin lagi sekali, orang lelaki sukalah,kekeke.


Sebelun tu, enjoy sikit gambar perkahwinan Hazrin (bekas rakan sekerja di sebuah kilang automotif di Sg Petani) dengan pasangannya Yusmalina. Hazrin ni sekarang dah jadi pensyarah di Negeri Sembilan..manakala isterinya guru di MRSM Gerik. Memang PJJ la...Perkahwinan Jarak Jauh...takpe, "kabel takde, wifi kan ada"...hehehe...semoga perkahwinan diorang berkekalan sampai bila2....



Gambar jam tangan dan cincin ni diambil menggunakan lens 50mm yang diterbalikkan tapi tak guna reverse ring...okla...worth it!!..










Wednesday, March 9, 2011

Panning Technique...

Salam....

Panning....bukan pening...adalah satu teknik mem"blurkan" background dan meng"sharpkan" imej yg sedang bergerak seperti kereta, motosikal, basikal. org berlari dan sebagainya. Bagi yang dah biasa memeningkan diri membuat panning ni, mmg takde masalah la..hehehe...saya sendiri pun banyak kali mencuba panning ni.

Dua imej kat atas ni diambil pada 21 Februari 2011 yang lalu di Taman Jubli Sg Petani bersama2 dengan Che Deen SP. Tapi saya memang tak berpuas hati dengan gambar2 kat atas ni. Dahlah tak sharp...macam boring je....hehehehe....

Setelah membuat siasatan ke atas gambar di atas melalui penggunaan Ishikawa Diagram, akhirnya saya dah tahu apa root cause dan action plan yang perlu saya lakukan untuk improve teknik panning saya ni.

Canon DSLR mempunyai satu sistem fokus yang dipanggil AI Servo. AI Servo ni berfungsi untuk mengekalkan fokus pada subjek walaupun ia bergerak. Jadi saya setkan pada AI Servo. Kemudian untuk dapatkan gambar yang elok, saya setkan pada Continuous Shoot. Sekali tekan, 4 frame sekali dia snap. Kalau 5D Mark 2, 10fps. Lepas setkan kedua2 ni, saya setkan shutter yg slow...1/40...dan terus adjust sesedap rasa. Dan hasilnya seperti di bawah....(gambar sekitar tasik Bandar Puteri Jaya pada 5 Mac 2011)...gambar dah di"crop"kan sikit dan diedit dengan PS CS5.





Walaupun dah improve sikit dari sebelumnya, saya tetap tak berpuas hati dengan gambar2 kt atas ni...banyak benda lagi yang nak kena improve terutama horizontal line tu....so, i'll keep on learning and shooting....


Tuesday, March 8, 2011

Tip#1: 10 Tips on Composition

Salam,
Composition/ komposisi....benda apalah ni? Penting ke dalam photography? Camner saya nak dapatkan komposisi yang bagus dalam setiap gambar saya? Di kalangan photographer, elemen komposisi adalah tunjang bagi sesebuah gambar. Ia adalah satu konsep yang mesti diadaptasikan ke dalam gambar untuk "menghidupkan" gambar tersebut. Jadi kita tgk, 10 tips berkenaan komposisi:-


1. Voluminous Repetition
Tekstur atau bentuk yang berulang2 akan membentuk satu komposisi gambar yang menarik. Contoh gambar sebegini boleh terhasil ialah pokok2 yang tersusun cantik, bangunan2, batu batuan dan sebagainya.


Google Image:

2. Include Textures
Memasukkan elemen tekstur ke dalam gambar adalah satu komposisi yang menarik. Tak kiralah sama ada tekstur tersebut kasar, berbonjol2, licin namun bila dilihat dengan teliti, ia akan membentuk satu paten yang cantik. Biasanya kita terlepas pandang semua ni kerana kita tidak memerhati dengan mendalam. Penggunaan cahaya yang "harsh" akan dapat menambah daya penarik gambar sebegini.


Google Image:

3. Symmetry
Simetri ataupun dalam kata mudah, satu garisan yang memisahkan dua gambar yang sama. Susah jugak nak faham ni. Tapi rasanya kalau tengok gambar, lagi cepat nak faham.  Melalui pembacaan yang saya lakukan, memasukkan elemen simetri ini ke dalam gambar boleh merosakkan komposisi andai tidak dilakukan dengan cara yang betul. Bagaimana caranya? Keep on shooting and practicing. Itu saje.

Google Image:

4. Lines and Curve
Garisan dan lengkung. Rasanya yang ni straight forward. Apa yang kita perlu lakukan ialah mencari tempat yang sesuai yang ada elemen2 sebegini. Sebagai contoh, landasan keretapi, bangunan2 moden, jambatan dan sebagainya. Dengan garisan dan lengkung ini, ia akan menarik perhatian mata ke arah subjek dan itu menjadikan gambar tersebut mempunyai komposisi yang baik.

My Image:


Google image:


5. Emphasize Patterns
Penekanan terhadap paten (yang ni direct translation…hehehe). Berbeza dengan komposisi di item no 4 di atas, paten di sini tidak semestinya sama dari segi saiz, panjang mahupun warna. Apa yang ditekankan dalam komposisi ini ialah, transformasi di antara satu garisan dengan garisan yang lain. Bermula dengan besi yang lurus hinggalah besi yang paling bengkok. Kat mana nak cari background macam ni? Well, it’s hard to answer the question. That’s why a good photographer will do a lot of research…


Google Image:


6. Depict Varying Tones
Kebanyakan photographer termasuk saya tak menyukai bayang2 (masa awal2 dulu la). Kalu boleh gambar yang terhasil tu tak nak ada bayang langsung. Overexposed pun takpe…hehehehe…Tapi sebenarnya konsep tu salah sebab bayang2 juga adalah seni dan boleh memberi komposisi yang baik pada sesebuah gambar.


Google Image:

7. Cropping
Cropping?...bahasa melayu apa ek?takpelah, since the word “crop” itself is very synonym to all photographers then I’ll stay with that word. Tak semua gambar yang diambil tu sempurna dan dengan cara “crop” ni, komposisi yang lebih menarik boleh dicapai.


Google Image:


8. Highlight One and Blur The Rest
Fokus pada satu tempat dan blurkan tempat lain. Yang ni pun rasanya straight forward jugak. Depth of field memainkan peranan penting dalam unsur komposisi ini.


My Image:

My Image:

9. Zoom-In
Close-up ataupun zoom-in sesuatu objek mampu memberikan komposisi yang baik kepada sesebuah gambar. Sebagai contoh, “spiral stairs”, terowong, paip besi dan sebagainya.


Google Image:

10. Creative Outlook
Pemerhatian yang tajam sangatlah perlu untuk seseorang photographer. Bagi yang berpengalaman, mereka akan datang survey dulu tempat yang diorang akan shoot sebelum shoot dijalankan untuk mendapatkan idea. Itulah cara kerja professional namanya. Berdasarkan tips2 komposisi di atas, jom kita sama2 bereksperimentasi dan shoot gambar yang menarik mengikut komposisi yang betul.

Note: “Rules of Third” jangan lupa ok….:)

Best ke Kit Lens?

Salam...

Kit Lens? Prime Lens? "L" Lense? Telephoto Lens? Wide Angle Lens? Macro Lens? Tilt Shift Lense?...dan bermacam2 jenis lens lagi yang boleh kita jumpa kat kedai2 photo dan daripada photographer2 yg tengah shoot gambar landscape, kahwin atau model. Saya tak nak discuss tentang setiap lens tu kat sini. Saya cuma nak berkongsi idea dan pendapat tentang Kit Lens.

Kit Lens ni ialah lens yang biasanya datang bersama dengan kamera. Sebagai contoh, kamera yang saya guna, Canon EOS 550D, kit lens 18-135mm macam kat bawah ni.



Kit lens ni mempunyai bukaan aperture maksimum yang kecik dan kualiti glass/kaca lens yang sederhana. Ia juga lens yang murah berbanding lens2 lain. Tapi bagi saya ia tak sepatutnya jadi penghalang untuk hasilkan gambar yang baik kalau tahu cara memakainya. Jangan hanya tahu beri alasan, mengeluh dan berputus asa.


Sehingga kini saya masih lagi menggunakan kit lens saya ini untuk mengambil pelbagai jenis gambar, perkahwinan, lanskap, model dan sebagainya. Ia ringan dan boleh cover semua perkara yang saya nak. Saya akan terus guna kit lens ni sampailah saya dah rasa limitasi lens tu (kalau dah ada baget untuk beli lens 70-200mm f2.8 yang berharga RM5,000 tu, kit lens ni saya tetap akan simpan buat koleksi). Pastu barulah saya terfikir untuk upgrade lens lain yang lebih baik. Apapun, sekarang saya masih lagi gunakan kit lens 18-135mm ni. Ni contoh gambar yang saya amik gunakan kit lens 18-135mm. Boleh cover range dari wide angle (18mm) hinggalah medium zoom (135mm). Nampak ke pakai lens apa dalam gambar2 ni? hehe.











Jadi, kesimpulannya, apa jua lens yang seseorang photographer itu miliki, sewajarnya gunalah ia sebaik mungkin. Apa yang saya lakukan ialah, melakukan banyak pemerhatian, kajian dan bereksperimentasi supaya kita dapat mengenali lens kita dengan lebih mendalam atau pun "sejiwa" dengan lens...hehehehe....

Wassalam.

Photographer Lama vs Photographer Baru

Salam...

Waktu saya mula amik gambar orang kahwin ni, saya ada satu matlamat sebenarnya. Saya berazam nak pastikan orang2 lama/ibu bapa supaya pandai menilai gambar dari pelbagai sudut yang subjektif sesuai dengan peredaran zaman sekarang yang mana banyak transformasi berlaku sama ada bentuk kereta, rumah, malah corak pinggan mangkuk.. Memahami momentsangles, composition (tak expectla untuk faham "Rules Of Third" seni dan lain-lain. Tak dapat nak dinafikan, hanya golongan muda yang berminat dengan style gambar seperti ini.

Tapi tak jugaklah, orang muda yang tak terdedah dengan perkembangan fotografi berfikiran camtu gak,hehe. Memang bukan tugas mudah. Saya pernah jumpa sorang makcik yang komen gambar kahwin anaknya yang gelap dan tak cantik katanya. Padahal pada mata saya gambar tersebut sangat cantik dan menarik sebab OP mengambil gambar guna available light siap ada ray light original lagi. Dah macam gambar majalah pun ada,serius cakap..






Makcik tu juga komen gambar candid dan gambar orang ketawa yang katanya ‘entah apa-apa’ dan merugikan je. Bagi orang-orang bandar yang terdedah tentang semua ni memang takde masalah. Tetapi biasanya kat kampung memang kurang pendedahan seperti itu. Tapi takpelah, tak bolehla nak salahkan makcik tu juga sebab pada masa makcik tu berkahwin, trend photography pada masa tu cukup berbeza dgn sekarang. Dulu pakai "roll" atau gulung, sekarang semua masuk dalam memory card.






Bagi saya, gambar tipikal pose tu memang perlu. Tetapi gambar ketawa, gurau senda dan moment yang tak dapat diulang biasanya memberi impak yang lebih besar kalau dilihat 10-15 tahun akan datang. Kita boleh terbayang suasana majlis yang meriah, kehadiran kawan2 dan sebagainya yang biasanya jarang diperolehi kalau semuanya gambar-gambar ‘kaku’ atau skema je.

Kalaulah suami isteri sedang bergaduh, pastu tengok gambar mula2 kahwin dulu maybe boleh cepat baik-baik kembali,ceewaahhh. Tapi kalau tengok gambar kahwin muka ketat macam kena paksa posing je atas pelamin maybe lambat sikitlah baiknya, hahahaha. Memandai je.... :) Apapun, pilihlah photographer yang dapat memberikan anda gambar yang akan anda ingati sampai bila2....


Wassalam.