Friday, February 25, 2011

Cukur Kepala Haidar Mukhlis....

Pada 18 Februari 2011 yang lalu, Haidar Mukhlis telah selamat dicukur rambutnya...dah takde dah rambutnya...majlis hanya diadakan secara sederhana dan jemputan terdiri daripada rakan rakan mengaji Al Quran mak mertua.













Monday, February 7, 2011

Wedding #4: Onie & Iwan

Assalamualaikum....

Kali ni saya nak update gambar perkahwinan antara Hanani (Onie) dan Syed Radzuan (Iwan) yang berlangsung di Kuala Ketil pada 5 Februari yang lalu. Pada hari itu saya berseorangan tanpa ditemani oleh isteri yang sedang dalam berpantang. Ketika mencari rumah pengantin, saya diekori oleh seorang pakcik yang sedang menunggang motosikal. Suspen jugak ingatkan pakcik tu nak "pow" saya ke apa ke. Rupa-rupanya dia suruh saya ikut dia dari belakang ke rumah pengantin. Pakcik tu nampak saya memandu sambil pegang kad kahwin dan sedang terlajak dari lokasi perkahwinan.

Majlis perkahwinan memang meriah kerana turut mengadakan majlis berendoi keluarga Onie. Demonstrasi silat juga turut diadakan bagi menghiburkan tetamu di samping menunjukkan tradisi seni mempertahankan diri Melayu.

Akhir kata, terima kasih diucapkan kepada Onie & Iwan sekeluarga yang memang sporting sepanjang shot dilakukan. Semoga ikatan perkahwinan yang dipateri ini akan terus terpateri sampai bila2.








Teaser Wedding: Onie & Iwan

Assalamualaikum...

Minggu hari raya cina adalah minggu yang disukai oleh semua orang sebab banyak cuti pada masa tu. Banyak aktiviti dapat dilakukan bersama keluarga dan rakan2. Bagi photographer, sudah tentu peluang pada hari cuti adalah digunakan sepenuhnya ntuk mengambil upah shot wedding, pertunangan dsb. Kadangkala, photographer itu sendiri terpaksa mengorbankan hari cuti bersama keluarga bagi mencipta kenangan manis pasangan berkahwin khasnya. Oleh itu, hargailah photographer anda...:-)


Majlis Berendoi: Baby Hawa Sofea

Assalamualaikum...

Majlis berendoi yang agak jarang dilakukan pada masa ini adalah satu adat Melayu yang telah lama dilakukan. Ia diadakan bagi meraikan bayi yang baru dilahirkan. Ada yang melakukan majlis berendoi berserta cukur jambul dan ada juga bersama kenduri akikah. Namun, dalam Islam kenduri akikah adalah dituntut.

Pada Sabtu lepas, 5 Feb 2011, saya berkesempatan untuk mengambil beberapa gambar dari majlis berendoi yang dilakukan di rumah yang sama saya akan melakukan wedding shot. Hawa Sofea adalah anak sulung kepada adik pengantin perempuan. Semoga anak ini membesar dengan penuh kasih sayang hendaknya.








Nota kaki: Ada plan juga untuk buat majlis berendoi untuk anak sendiri, Haidar Mukhlis nanti tapi belum confirm lagi tarikhnya. Untuk rekod, semalam Chlesea kalah pada Liverpool 0-1 kat Stamford Bridge walaupun itu adalah debut Torres dengan Chelsea...nice job Liverpool!