Wednesday, December 29, 2010

Wedding #2: Basri & Siti

Salam...

Jom layan gambar2 perkahwinan Basri & Siti yang diadakan di Changlun masa krismas tempoh hari...










Equipment: Canon EF 50mm f1.8 II

Salam...

Selepas berminggu2 dok buat analisis, bacaan, pengiraan (yg ni paling penting), akhirnya saya menambah satu lagi lens (prime lens) yg saya rasa dapat menghasilkan gambar portrait yg cantik disebabkan kualiti "bokeh" yang sangat menarik. Canon EF 50mm f1.8 ni juga digelar "nifty fifty" di kalangan pengguna Canon. Gambar memang sharp dan sgt sesui untuk snap dalam low light sebab aperturenya boleh sampai f1.8. Selain kualiti gambarnya yang sangat "superb", harganya yang sangat murah (atau yang termurah), menyebabkan lens ini menjadi kesayangan pengguna Canon. Full specification lens ni ada kat SINI.

Sunday, December 26, 2010

Teaser Wedding: Basri & Siti

Salam...
Changlun, Kedah, itulah lokasi kami seterusnya dalam memberikan bakal pengantin baru atau klien kami satu memori yang tidak akan dilupakan melalui fotografi. Walaupun terletak kira-kira 120km dari Sungai Petani, namun dengan kehijauan pemandangan sepanjang lebuhraya membuatkan segala kepenatan hilang begitu sahaja.
Basri, pengantin lelaki ini adalah juga sahabat saya selama berada di utara tanahair ni. Berasal dari Terengganu dan pastinya akan "settle down" di Kedah. Persamaan pasangan ini dengan kami ialah tarikh perkahwinan yang jatuh pada 25 Disember juga. Nantikan lebih banyak gambar perkahwinan mereka sedikit masa lagi.





Monday, December 20, 2010

Wedding: Hadi & Fiza

Salam...
15 tahun! Itulah kali terakhir saya berjumpa dengan Hadi, rakan sekolah (SESMA) dan rakan sedorm (sesaper yang tinggal kat asrama akan faham betapa bestnya dok kat asrama). Akhirnya, selepas tempoh itu, Hadi akan melangsungkan perkahwinannya di Kulim, Kedah. Itupun tau daripada Facebook. Apa  lagi, teruslah contact dan berjumpalah kami di majlis perkahwinannya yang berlangsung pada 18 Disember 2010 yang lalu. Saya sempat mengambil beberapa keping gambar Hadi dan pasangannya sebab saya bukanlah OP (Official Photographer) beliau. Semoga ikatan rumahtangga yang dibina akan kekal selamanya. Selamat Pengantin Baru sahabatku.








Friday, December 17, 2010

Album#1 Sukri & Amirah

Posted by Picasa
Setiap photographer mempunyai kreativiti dan cara masing2 untuk memberikan hasil yang terbaik kepada klien. Pengolahan warna, komposisi gambar, susunatur gambar dalam album, warna album dan frame, corak dan sebagainya. Namun, warna hitam adalah warna yang "famous" pada masa sekarang dan menjadi pilihan kebanyakan pengantin2 baru.

Monday, December 13, 2010

Wedding #1: Sukri & Amirah

Salam...

Bukan mudah untuk menjadi seorang photographer yang hebat. Bukan sahaja perlu "master" dalam kelengkapan yang digunakan, berpengetahuan dalam segenap aspek fotografi malah mampu berinteraksi dengan baik dengan pelanggan. Tidak boleh dinafikan bahawa kreativiti juga memainkan peranan penting dalam menjadi seorang photographer. Banyak cara yang boleh digunakan untuk belajar antaranya melalui website dan buku. Kesimpulannya, tiada jalan pintas untuk berjaya....teruskan belajar dan belajar....

Ini adalah wedding shot antara Sukri & Amirah yang diadakan di Baling. 72km dari rumah saya. Sukri adalah merupakan bekas rakan sekerja ketika sama2 bekerja di Taman Ria Sg. Petani kira2 2 tahun yang lalu. Jom layan serba sikit gambar yang diambil....











Tahniah diucapkan kepada Sukri dan Amirah. Semoga rumahtangga yang dibina ini kekal sampai bila2. Amin....

Thursday, December 9, 2010

Kenapa Photography?

Assalamualaikum....

Ramai yang mungkin masih tertanya-tanya dalam diri, "apakah kerja yang aku buat sekarang memberikan kepuasan pada diri?". Ada segelintir daripada kita bekerja hanya untuk mengisi masa lapang, boring duduk kat rumah dan yang paling penting ialah untuk mendapat duit bagi menyara diri dan keluarga. Niat adalah penting untuk memacu hidup kita. Kalau tersalah niat, salahlah jadinya. Tapi mungkin ada antara kita yang masih keliru dengan kerja kita. Contoh yang paling mudah ialah kerja yang kita buat sekarang tak sama dengan kursus yang kita ambil masa di universiti, kolej ataupun politeknik.

Percaya atau tidak tak sampai 10% pun apa yang kita belajar dipraktikkan di tempat kerja. Sesetengah orang mudah berpuas hati asalkan berbaloi denga apa yang dibayar tetapi tak kurang juga ada yang merungut kerana kerja yang dilakukan membosankan. Tapi apa boleh buat, kalau berhenti kerja kerana bosan, siapa nak bagi duit atau sara keluarga? Takkan nak minta dari ibu dan ayah?

Oleh itu, andai kita berdepan dengan kekeliruan sebegini, cuba kita tanya diri kita. Apa yang boleh menggembirakan hati kita? Dan pada masa yang sama, dapat menjada pendapatan sampingan tanpa memberi kesan pada kerja yang sedia ada. Oleh sebab itulah timbul pelbagai jenis bisnes berbentuk multilevel yang mungkin menjanjikan kemewahan ataupun kesengsaraan.

Bagi saya, minat dalam photografi hadir dalam masa terdekat tapi minat dalam seni sudah wujud sejak kecil. Jadi, apa salahnya saya menceburi bidang ini? Photografi itu sendiri adalah satu seni. Yang penting, buat dengan sepenuh hati dan minat. Barulah orang akan menghargai hasil kerja kita.

Gambar-gambar kat bawah ni diambil dalam kul 7.30ptg semalam kat depan rumah.

Exif:
Shutter priority: AE
Shutter speed: 1
ISO: 3200
Aperture: f10.0
Focal Length: 64.0mm



Exif:
Shutter priority: AE
Shutter speed: 2
ISO: 3200
Aperture: f5.6
Focal Length: 53.0mm

Tuesday, December 7, 2010

Pertunangan Fizah & Fami

Assalamualaikum...
Hari ini, 7 Disember 2010, satu majlis pertunangan antara Fizah dengan Fami telah diadakan di Bagan Ajam, Pulau Pinang. Jom kita layan gambar yang telah di"snap" dan diedit.